Tahukah anda, salah satu cara penipuan yang biasa diguna penipu (scammer) adalah menggunakan mesej pancingan data yang direka untuk menggesa pengguna memuat turun aplikasi penipuan, bertujuan untuk memperoleh kelayakan kewangan sama ada melalui pengawasan atau dengan menyamar sebagai aplikasi yang sah. Mesej yang mengelirukan ini sering meniru organisasi bereputasi seperti bank atau perkhidmatan penghantaran, menggesa…
Tag: scammer
Waspada Dengan Panggilan “Pegawai MCMC”
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) mendedahkan modus operandi ‘scammer‘ yang menyamar sebagai pegawai MCMC. Modus operandi panggilan itu dibuat dengan pemanggil akan mengancam mangsa dengan menyatakan terdapat aduan terhadap talian digunakan mangsa dan mendakwa mangsa telah melakukan kesalahan. Sekiranya mangsa gagal mengikut arahan yang diberikan, talian tersebut akan disekat atau disenarai hitam. Bermula 1…
Rugi Lebih RM2.5 Juta, PDRM Dedah Cara Mudah Scammer Tipu Mangsa Di WhatsApp, Telegram Dan Facebook
Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendedahkan, sejumlah 494 kes melibatkan kes penipuan di pelbagai platform media sosial termasuklah WhatsApp, Telegram dan Facebook sepanjang tahun 2023 lalu. Modus operandi itu adalah dengan menyamar sebagai rakan atau kenalan di platform-platform tersebut sehingga menyebabkan kerugian berjumlah RM2,503,803.05 sepanjang tahun tersebut. Malah bagi tempoh 1 hingga 20 januari 2024 sahaja,…
Hati-Hati Dengan Penipuan Pindah Wang Melalui WhatsApp
CyberSecurity Malaysia memaklumkan mengesan aktiviti penipuan menggunakan aplikasi WhatsApp, di mana pelaku (penipu) menyamar sebagai individu yang dikenali mangsa. Modus operandinya adalah penipu akan menghantar satu pautan melalui aplikasi WhatsApp kepada mangsa dan meminta mangsa untuk klik pada pautan tersebut yang akhirnya menyebabkan mangsa kehilangan akses ke akaun WhatsApp sendiri. Penipu akan mengambil alih akaun…
Hati-Hati Dengan Laman Sesawang “Tabung Haji”
Tabung Haji memaklumkan, laman sesawang THiJARI yang boleh diakses menerusi https://www.thijari.com.my/ adalah laman palsu yang diwujudkan scammer bagi cuba memperdaya pelanggan mereka. Tabung Haji dalam satu kenyataan menegaskan, laman sesawang www.thijari.ticketmysearch.com adalah palsu dan bukan di bawah kendalian TH. “Pendeposit dinasihati untuk sentiasa peka dan berhati-hati dengan pautan yang mencurigakan.” TH. {suggest} Sumber: Tabung Haji
BNM Beri Amaran, Hati-Hati Dengan Aplikasi Pelancongan Palsu
Bank Negara Malaysia (BNM) telah mengeluarkan amaran kepada pengguna supaya berhati-hati dengan aplikasi pelancongan palsu. BNM mendedahkan, scammer akan berpura-pura menjadi ‘pemilik hotel’ dalam aplikasi pelancongan dan menggunakan pautan ‘phishing‘ untuk mencuri maklumat kad anda. Ekoran itu, pengguna dinasihatkan untuk elakkan pautan yang mencurigakan, jangan berkongsi maklumat kad anda dalam aplikasi permesejan dan sahkan terlebih…