Sejak semalam, tular di media sosial mengenai taktik terbaharu yang digunakan oleh scammer. Menerusi aplikasi pemesejan WhatsApp, individu yang tidak dikenali akan menghantar jemputan perkahwinan, dengan meminta penerima untuk memuat turun dan memasang fail Android Package Kit (APK) bagi membuka dan mengetahui nama pengirim kad jemputan berkenaan. Pengguna, terutamanya mereka yang kurang arif mengenainya, mungkin akan menyangka…
Tag: Scam
CelcomDigi Mudahkan Pelanggan Lapor Kes Scam
Pelanggan CelcomDigi Berhad (CelcomDigi) kini mudah untuk melaporkan kes penipuan atau aktiviti yang mencurigakan dengan menghubungi pusat panggilan pelanggan Celcom atau Digi. Pilihan untuk melaporkan sebarang kes scam atau penipuan telah disertakan dalam menu khidmat pelanggan automatik yang dikenali sebagai Interactive Voice Response (IVR). Pilihan ini membolehkan pelanggan CelcomDigi yang ingin membuat laporan segera mengenai…
Beli iPhone 14 Pro Max Tapi Jalankan Android, Lelaki Australia Jadi Mangsa Scam
Media Australia melaporkan, seorang lelaki telah menjadi mangsa scam selepas beliau membeli ‘iPhone’ baharu menerusi Facebook Marketplace. Ia hanya disedari selepas iPhone yang dibelinya itu diaktifkan dan mendapati sistem operasi yang menguasakan peranti tersebut menjalankan versi sistem Android yang lama. Mangsa bernama Josiah itu berkata, beliau membeli telefon itu selepas melihat iPhone Promax 14…
Kerajaan Akan Pinda Akta, Bolehkan Wang Mangsa Scam Dipulangkan Lebih Awal
Kerajaan memutuskan untuk meminda Kanun Tatacara Jenayah bagi membolehkan wang yang dirampas daripada jenayah penipuan dalam talian (scam) dipulangkan lebih awal kepada mangsa. {suggest} Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pindaan itu membolehkan mangsa mendapat semula dana yang dicuri dengan syarat pemberian bon disediakan sementara menunggu perbicaraan di mahkamah. Beliau memaklumkan sebanyak 3,595 kes…
Maxis Tidak Benarkan Penghantaran ‘Link’ Dalam SMS Mulai Bulan Mei
Maxis menjadi telco terawal yang mengharamkan pautan (link) dalam SMS selepas diarahkan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital awal April lalu. Ia akan dilaksanakan bermula 2 Mei 2023. Ini bermakna anda bukan saja tidak akan menerima SMS yang terdapat kandungan URL dalamnya, malah juga tidak boleh menghantarnya kepada orang lain. Sekatan URL dalam SMS ini dilaksanakan secara berperingkat…
‘Gamer’ Rugi Lebih RM95,000 Ditipu ‘Inspektor Maria’
Seorang penstrim permainan video dilapor kerugian lebih RM95,000 selepas menjadi mangsa penipuan individu yang menyamar sebagai pegawai polis. {suggest} Ketua Polis Daerah Sentul ACP Beh Eng Lai berkata wanita berusia 30 tahun itu telah menerima panggilan telefon yang mengaku daripada HQ Pos Malaysia Kuala Lumpur memaklumkan dia telah membuat penghantaran 2 kad ATM, 1 buku…