Siri Galaxy S20 merupakan penawaran terkini Samsung yang buat pertama kalinya hadir dengan kadar segar semula 120Hz. Sebelum ini peranti-peranti mereka hanya dilengkapi dengan panel 60hz sahaja jadi perubahan ini sudah tentu sangat-sangat ditunggu oleh peminat Samsung. Namun, walaupun pengguna boleh menikmati paparan 120Hz pada peranti S20, ia hanyalah terhad kepada resolusi Full HD sahaja…
Tag: Samsung
Pentadbiran Trump Bincang Dengan Pengeluar Cip Untuk Bina Kilang Di A.S
Kerajaan Amerika Syarikat kini sedang mengadakan perbincangan dengan syarikat semikonduktor untuk membina kilang di dalam negara tersebut, sepertimana yang dilaporkan oleh Reuters. Perbincangan tersebut dikatakan melibatkan dua syarikat pembuat cip iaitu Intel Corp dan TSMC. Menurut jurucakap Intel kepada Reuters, mereka berada dalam keadaan baik untuk bekerjasama dengan kerajaan AS mengenai perkara tersebut. Sementara itu,…
Samsung Dilapor Sedang Membangunkan Peranti Dengan Kamera Pop-up
Tahun 2020 menunjukkan sudah tidak banyak peranti yang dilancarkan dengan kamera pop-up memandangkan lebih banyak jenama-jenama mula beralih kepada kamera punch hole. Namun kini, Samsung dilapor sedang membangunkan peranti terbaru dengan kamera pop-up. Melalui imej yang tertiris, ia menunjukkan kamera pop-up di bahagian hadapan, seperti beberapa peranti jenama lain yang terdapat di pasaran. Rekaan melengkung yang terdapat pada…
Samsung Kekal Dominasi Pasaran Memori Untuk Peranti Pintar Pada Tahun 2019
Walaupun pendapatan keseluruhan industri menurun untuk permintaan memori, Samsung masih lagi mendominasi pasaran tersebut dengan perkongsian sebanyak 47%, iaitu hampir separuh dari keseluruhan jumlahnya. Menurut Strategy Analytics, permintaan memori storan dalaman (NAND) untuk tahun 2019 berkurang sebanyak 29% berbanding sebelumnya. Untuk itu, Samsung berjaya mengekalkan syarikat selaku pembekal terbanyak dengan perkongsian sebanyak 42.1%. Tempat kedua…
Samsung Perkenal Dua Model Galaxy A Dengan Sokongan 5G
Barisan peranti dalam siri Galaxy A kini menerima dua ahli baru iaitu Galaxy A71 dan Galaxy A51. Ya kedua-duanya sedia diperkenalkan pada penghujung tahun lalu, namun kini dikemaskini dengan sokongan rangkaian generasi seterusnya, 5G. Samsung Galaxy A71 Galaxy A71 sebelum ini diperkenalkan sekitar Disember tahun lalu dan dilengkapi dengan Snapdragon 730. Bagi versi 5G, ia…
Samsung Pertahankan Prestasi Exynos 990 Adalah Setanding Dengan Snapdragon 865
Jika dahulu, sebagai salah sebuah negara pasaran yang menerima cip varian Exynos berbanding Snapdragon, Malaysia bernasib baik kerana kebiasaannyya cip Exynos adalah lebih berkuasa berbanding Snapdragon. Namun kini, sudah tiba masanya pengguna peranti Samsung dengan cip flagship Exynos merasa cemburu dengan negara yang mendapat cip varian Snapdragon disebabkan perbezaan prestasi yang agak ketara. Untuk siri…