Belum pun melancarkan peranti dengan skrin boleh lipat mereka, Samsung dilihat sudah mempunyai perancangan baru untuk masa hadapan. Menurut laporan SamMobile, Samsung telah mempatenkan sistem navigasi berasaskan sensitivi tekanan pada peranti mereka. Menurut sumber, peranti dengan ciri berkenaan akan dapat menjalankan beberapa perkara berbeza mengikut tahap tekanan yang diterima oleh butang kuasa dan bahagian tepi…
Tag: Samsung galaxy
Nama Telefon Boleh Lipat Samsung Mungkin Sudah Pun Didedahkan
Menghasilkan peranti dengan skrin boleh lipat telah menjadi sasaran Samsung sejak sekian dua atau tiga tahun yang lalu. Perkara itu dilihat semakin hampir menjadi kenyataan dari hari ke hari. Menguatkan dakwaan itu, nama telefon berkenaan didakwa telah terdedah di Korean Intellectual Property Office (KIPO). Satu peranti Samsung dengan nama Samsung Infinity-V telah didaftarkan di laman…
Samsung Mahu Bawa Lebih Banyak Kamera Pada Peranti Telefon Pintar
Baru sahaja kami melaporkan mengenai spesifikasi tiga kamera utama bagi model Samsung Galaxy S10+ dalam satu kiriman semalam. Hari ini, muncul cakap-cakap mengenai peranti Samsung Galaxy A9 dengan empat kamera utama pula. Ya, empat kamera utama. Sekiranya benar, ini bermakna ia akan menjadi peranti pertama(jika bukan Nokia 9 PureView) yang hadir dengan empat kamera utama….
Samsung Sekali Lagi Lakukan Serangan Terhadap Apple
Seperti yang kita tahu, Samsung dan Apple ini adalah seperti Real Madrid dan Barcelona dalam dunia bola sepak, atau FIFA dan PES dalam industri permainan video. Mereka mempunyai peminat atau lebih tepat, penyokong mereka sendiri yang akan mempertahankan mereka apabila menerima apa jua corak serangan daripada pencabar masing-masing. Samsung dan Apple menjadikan iklan pemasaran dalam…
Samsung Galaxy S10 Versi Bajet Bakal Hadir Tanpa Pengimbas Cap Jari Dalam Skrin
Samsung pernah dilaporkan bercadang untuk memperkenalkan tiga versi berbeza bagi peranti premium mereka, Galaxy S10 kelak. Versi yang digembar-gemburkan ialah Galaxy S10, S10+ dan sebuah lagi versi Galaxy S10 yang lebih mampu milik. Terdapat juga laporan yang menyatakan peranti mampu milik berkenaan akan hadir dengan beberapa fungsi dan ciri premium yang ada pada dua lagi…
Peranti Samsung Galaxy S Light Luxury Dilancarkan Bagi Pasaran China
Sebelum ini, kita digembar-gemburkan dengan beberapa laporan berkenaan pembangunan model bajet atau ‘mini’ bagi peranti Galaxy S8 oleh Samsung. Dan pada 21 Mei yang lalu, Samsung telah pun melancarkan peranti tersebut, eksklusif buat pasaran China. Bagaimanapun, peranti tersebut tidak menggunakan nama Samsung Galaxy S8 Mini dan dinamakan sebagai Samsung Galaxy S Light Luxury. Peranti ini hadir…