Apple bertindak menyaman seorang bekas pekerjanya kerana didakwa membocorkan rahsia syarikat kepada wartawan sebagai usaha menekan Apple untuk meninggalkan projek tertentu. Andrew Aude, bekas jurutera perisian iOS didakwa membocorkan maklumat “supaya dia boleh ‘membunuh’ produk dan ciri yang dia ada isu dengannya.” Itu termasuk berkongsi butiran tentang set kepala VR Vision Pro Apple yang dirahsiakan…
Tag: saman
Pengguna iPhone Yang Failkan Saman Isu Bateri Terhadap Apple Mula Terima Bayaran
Pengguna iPhone yang terlibat dalam pemfailan terhadap tuntutan kontroversi isu bateri iPhone akan mula menerima bayaran sekitar $92.17 (~RM428.77) bagi setiap tuntutan. Malah bagi sebahagiannya juga mungkin ada yang akan menerima bayaran berjumlah hampir $1,000 (~RM4,652). Pemfailan tuntutan itu menuduh Apple melakukan penipuan terhadap pengguna yang dengan sengaja mengurangkan prestasi iPhone apabila hayat bateri peranti…
Didakwa Guna Teknologi Video Mereka Secara Percuma, Nokia Saman Amazon
Nokia bertindak memfailkan saman terhadap AmazonĀ atas pelanggaran paten pada teknologi berkaitan video di seluruh dunia termasuk AS, India, Jerman, UK dan Mahkamah Paten Bersatu Eropah. “Hari ini, kami telah memulakan tindakan undang-undang terhadap Amazon kerana penggunaan tanpa kebenaran teknologi berkaitan video Nokia dalam perkhidmatan penstriman dan perantinya. Kes telah difailkan di AS, Jerman, India,…
Anda Boleh Disaman Jika Memandu Dengan Telefon Di Paha, Main Telefon Semasa Lampu Merah
Memandu dengan meletakkan telefon di atas riba dan menggunakan telefon semasa lampu isyarat merah boleh menyebebabkan anda disaman, menurut Ketua Polis Daerah Timur Laut, Asisten Komisioner Soffian Santong. Ini dalam berita sama oleh The Star melaporkan wanita yang disaman akibat daripada memandu dengan telefon di atas paha. Tambah beliau, ini kerana pemandu perlu mengalihkan pandangan…
Cuti Sakit Selama 15 Tahun, Seorang Pekerja Saman IBM Kerana Tiada Kenaikan Gaji
Seorang pekerja di syarikat gergasi teknologi IBM telah memfailkan saman ke atas syarikat itu selepas dia tidak menerima sebarang kenaikan gaji ketika sedang cuti sakit selama 15 tahun. Pekerja IBM bernama Ian Clifford itu bekerja dengan IBM tetapi dia telah mengambil cuti sakit sejak 15 tahun yang lalu. Berdasarkan profil LinkedInnya, dia telah ‘bersara secara…
Hanya Bayar RM50 Untuk Saman PDRM Yang Dikeluarkan Tahun 2022 Dan Sebelumnya
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan bahawa saman dikeluarkan PDRM pada tahun 2022 dan sebelumnya dapat diselesaikan dengan bayaran RM50 pada 21 April – 21 Mei 2023. Ia merangkumi saman trafik dikeluarkan PDRM namun tidak terpakai untuk saman dikeluarkan dalam tahun 2023 Dalam pengumuman sama, Perdana Menteri turut mengatakan PDRM akan melaksanakan Op Lancar…