Beberapa hari sahaja lagi kita akan memasuki tahun 2021 dan banyak teknologi baharu yang akan kita lihat menjelang tahun hadapan. Baru-baru ini, para saintis daripada Universiti Oxford telah berjaya menukarkan karbon dioksida menjadi bahan bakar untuk jet yang meningkatkan kemungkinan pesawat berkuasa konvensional dengan pelepasan sifar gas. Mereka juga berpendapat bahawa minyak alternatif dan pesawat…
Tag: Sains
Siapa Yang Sempat Melihat Sendiri Fenomena ‘Konjungsi Musytari Dan Zuhal’?
Beberapa hari lalu iaitu pada 21 Disember 2020, telah berlakunya satu fenomena astronomi istimewa yang dikenali sebagai ‘Konjungsi Musytari Dan Zuhal’. Fenomena alam itu merujuk kepada kedudukan planet Musytari dan Zuhal yang kelihatan sejajar dan berada paling dekat dan menghampiri antara satu sama lain. Fenomena tersebut menyebabkan kedua-dua planet itu kelihatan seolah-olah sebagai satu objek cerah…
Letusan Gunung Berapi Mungkin Penyelesaian Isu Pemanasan Global
Sekurang-kurangnya melambatkan proses pemanasan global. Penyelidik dari Universiti Harvard mendakwa, debu dari letusan gunung berapi mungkin ejen yang dapat melambatkan proses pemanasan global yang sedang berlaku dengan pantas ketika ini. Penyelidik menjelaskan, konsepnya adalah jika bumi terlalu panas, langkah yang boleh dilakukan adalah dengan menghalang daripada cahaya matahari menembusi bumi. Ia adalah proses dengan memanfaatkan…
Mari Kenali Satelit Bah.1
Pertama sekali apa itu satelit? Satelit adalah objek yang bergerak mengelilingi objek lain di angkasa lepas pada laluan orbitnya. Terdapat 2 jenis satelit di angkasa lepas iaitu satelit semula jadi dan satelit buatan manusia. Sebagai contoh, satelit semula jadi bagi planet bumi adalah bulan yang mengelilingi bumi. Manakala satelit buatan manusia pula adalah alat atau…
NASA Memperingati Voyager 1 Melintasi Zuhal 40 Tahun Lalu
Pada 12 November 2020 lalu, Agensi Angkasa Lepas Amerika (NASA) memperingati kejayaan kapal angkasa Voyager 1 melintasi planet Zuhal 40 tahun lalu. Sepanjang tempoh 4 bulan terawal selepas ia dilancarkan pada 5 September 1977, Voyager 1 telah menghantar sebanyak 19 ribu gambar, menemui 2 bulan baru Zuhal serta merakam lingkaran cincin halus yang melingkari planet…
Anak Muda Dari Shah Alam Menjuarai Pertandingan Mencipta Tandas Untuk Angkasawan NASA
Sebelum ini telah dilaporkan bahawa NASA telah mengadakan pertandingan mencipta tandas bagi misi membawa semula angkasawan ke bulan pada tahun 2024 nanti. Pertandingan yang dikenali sebagai NASA’s Lunar Loo Challenge itu dibuka penyertaannya kepada semua masyarakat di seluruh dunia untuk menghantar rekaan konsep tandas kompak untuk angkasawan mereka. Untuk pertandingan itu juga, NASA mewujudkan kategori Junior bagi…