Berdasarkan semakan data terkini yang dikongsikan oleh Jabatan Meterologi Malaysia (METMalaysia) hari ini, Bumi diramalkan akan dihentam ribut solar yang kuat bermula dari 30 Mac hingga 1 April 2022. Data yang diperoleh METMalaysia daripada Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (NOAA) menunjukkan, ribut solar kategori G1 (minor) diramal akan melanda Bumi pada 30 Mac 2022. Tetapi…
Tag: Ribut Solar
Hampir Sejumlah 100 Tompok Matahari Dikesan Dalam Tempoh 31 Hari Ini
Berdasarkan kepada data yang dikongsikan oleh Jabatan Metereologi Malaysia, terdapat hampir 100 tompok Matahari telah dikesan dalam tempoh 30 hari ini. Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) menjelaskan, tompok Matahari adalah kawasan sejuk di lapisan fotosfera yang dihasilkan oleh perubahan setempat di dalam medan magnet Matahari serta cenderung untuk terbentuk dalam kumpulan-kumpulan. Suhu tompok Matahari adalah lebih…
Agensi Angkasa Malaysia Sahkan Kejadian Ribut Solar Kelas G2 Melanda Bumi
Agensi Angkasa Malaysia (MYSA) dalam satu kenyataan mengesahkan telah berlakunya ribut geomagnetik kelas G2 yang berkekuatan sederhana pada 13 Mac 2022, jam 20:51 waktu Malaysia. Ribut geomagnetik itu berpunca daripada aktiviti Matahari sehingga menghasilkan beberapa siri hamburan jisim korona (CME) yang telah berlaku sejak 10 Mac 2022 lalu. Kesan daripada daripada ribut geomagnetik G2 itu telah…
Bumi Diramal Dihentam Beberapa Siri Ribut Solar Hari Ini
Pusat Ramalan Cuaca Angkasa Lepas (NOAA) telah mengeluarkan amaran berkaitan ramalan bahawa Bumi berpotensi dilanda ribut solar berskala G1 dan G2 hari ini. Ia selepas NOAA mengesan berlakunya aktiviti hamburan jisim korona (Coronal Mass Ejection, CME) oleh Matahari beberapa hari lalu. CME itu diramal akan menghasilkan ribut solar yang dianggarkan bergerak pada kelajuan 600KM/s menuju…
Observatori Negara Langkawi Kesan 5 Tompok Matahari Besar
Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi (MOSTI) memaklumkan, pada 3 Februari 2022 lalu, Observatori Negara Langkawi telah mengesan sebanyak lima kumpulan tompok Matahari besar. Tompok Matahari besar itu berjaya dirakam menerusi teleskop yang dilengkapi dengan penapis cahaya nampak (whitelight) dan Calcium II K-line (Ca ll K-line). Berdasarkan kepada 3 rakaman imej Matahari itu, ia menunjukkan terdapat lima kumpulan…
Ribut Solar Terburuk Diramalkan Akan Berlaku Pada 25 Julai 2025
Pada 9 Februari lalu telah dilaporkan tentang 40 buah satelit Starlink milik SpaceX yang terkesan dengan fenomena ribut solar sehingga menyebabkan kerosakan pada satelit-satelit tersebut. Insiden itu berlaku hanya sehari selepas satelit-satelit itu dilancarkan ke angkasa lepas. Menurut SpaceX, ribut solar yang berlaku itu telah meningkatkan suhu dan ketumpatan atmosfera Bumi secara mendadak. Sekaligus mengganggu keadaan…