Sekitar Februari yang lalu, realme telah merasmikan fon telinga tanpa wayar dengan fungsi pembatalan hingar aktif (ANC) menerusi Buds Air 2. Terbaru, mereka bakal melancarkan Buds Air 2 Neo dan kali ini ia tampil dengan rekaan lebih kompak berbanding model terdahulu. Namun, sebenarnya rekaannya dilihat amat mirip dengan realme Buds Q yang dilancarkan tahun lalu…