Sejak PlayStation 5 disahkan kehadirannya, rata-rata daripada peminat mula berteka-teki tentang harga jualan konsol terbabit. Bakal memuatkan sejumlah ciri terbaik seperti teknologi ray tracing dan memori SSD, spekulasi mula kedengaran dengan memperkatakan harga jualannya mungkin berpatutan. Tidak kurang juga ada yang meramal edisi terbaru ini akan lebih mahal dari keluaran sebelumnya. Ketika mana kita rungsing…
Tag: playstation 5
Sony Belum Putuskan Harga Jualan PS5, Mungkin Mahu Perhatikan Dahulu Harga Xbox Series X
Sony telah mendedahkan bahawa mereka belum lagi memutuskan harga jualan PS5. Ia menandakan harga konsol tersebut sangat bergantung kepada pesaing di pasaran yang sama. Ketua Kewangan Sony, Hiroki Totoki menjelaskan disebabkan mereka sedang bersaing dalam pasaran konsol yang sama, sukar untuk syarikat tersebut membuat keputusan. Bergantung juga harganya nanti, mereka perlu mengenal pasti promosi yang…
PlayStation 5 Dijangka Dijual Pada Harga Yang Berpatutan Dengan Pasaran
Keresahan peminat konsol PlayStation sudahpun terjawab dengan model seterusnya, PlayStation 5 telah disahkan hadir pada tahun hadapan. Bakal dimuatkan dengan sejumlah ciri menarik seperti sokongan permainan 8K, penggunaan kuasa lebih rendah serta storan berasaskan SSD, ramai mula memikirkan tentang harga jualannya. Sebahagian peminat meramalkan PS5 bakal dijual pada harga yang lebih tinggi namun berdasarkan kenyataan…
Sony Mengesahkan Pelancaran Konsol PlayStation 5 Pada Tahun 2020
PlayStation 5. Cuti akhir tahun 2020. Sony akhirnya mengesahkan nama akhir untuk konsol seterusnya, PlayStation 5 dan akan hadir pada tahun hadapan. Mengenai teknologi terkini, PS5 akan dilengkapi dengan tindak balas haptik baharu seumpama 3D Touch pada model iPhone yang terdahulu. Selain itu, alat kawalan PS5 juga menerima kemaskini dengan dilengkapi teknologi ‘adaptive trigger’ ke…
Rekaan 3D Bagi PlayStation 5 Dikeluarkan, Tampil Dengan Hiasan LED Angka Roman “V”
Sejak dua minggu yang lepas, kita mula mendengar beberapa informasi daripada orang dalaman Sony sendiri mengenai konsol permainan PlayStation 5 mereka. Antaranya, konsol berkenaan dikatakan akan mempunyai beberapa spesifikasi menarik seperti sokongan grafik 8K, sokongan SSD, teknologi ray tracing dan penggunaan CPU 8-teras AMD Ryzen 7nm Zen 2. Terbaru, pihak LetsGoDigital telah menghasilkan satu rekaan…
Sony Umum PlayStation 5 Tidak Akan Dilancarkan Dalam Tempoh 12 Bulan Mendatang
Sedikit demi sedikit informasi berkenaan konsol PlayStation 5 telah didedahkan oleh pihak Sony dalam tempoh beberapa minggu lepas, seolah-olah memberi petanda bahawa ia bakal dilancarkan dalam beberapa bulan mendatang atau awal tahun hadapan. Malangnya, ia tidak akan berlaku. Ini kerana pihak Sony dilaporkan telah mengesahkan bahawa generasi kelima konsol permainan video mereka itu tidak akan…