Pakar keselamatan dari Threat Fabric melaporkan penemuan sebanyak 5 aplikasi Android yang boleh membahayakan simpanan wang dalam akaun bank penggunanya. Ini kerana aplikasi-aplikasi ini direka secara khusus dengan tujuan bagi mencuri info log masuk, nombor akaun bank dan pelbagai lagi maklumat perbankan lain pengguna telefon pintar Android. Sekaligus membolehkan penggodam mencuri wang yang ada di…
Tag: perisian hasad
Buang Segera Aplikasi Android Ini Didapati Boleh Merakam Audio Dan Mencuri Data
Penyelidik keselamatan dari Zimperium melaporkan penemuan perisian hasad baharu yang disebarkan menerusi aplikasi palsu. Perisian hasad yang dikenali sebagai ‘RatMilad‘ itu didapati berupaya mencuri data dan merakam audio perbualan ketika panggilan dibuat atau diterima mangsanya. Malah penyerang juga boleh mengakses kamera untuk mengambil gambar, merakam video dan audio, mendapatkan lokasi GPS yang tepat, melihat gambar…
Penjenayah Siber Dikesan Guna Logo Lama Windows Ini Untuk Sembunyikan Perisian Hasad
Kumpulan penyelidik keselamatan dari Symantec melaporkan penemuan grup penjenayah siber menggunakan logo terdahulu Windows untuk menyembunyikan perisian hasad terbaru yang dibangunkan mereka. Grup yang dikenali sebagai Witchetty itu dikesan menggunakan perisian hasad Backdoor.Stegmap dengan bersembunyi di dalam logo Windows tersebut. {suggest} Penyelidik menjelaskan, walaupun ia jarang digunakan oleh penyerang tetapi jika berjaya dilaksanakan, teknik steganografi itu…
Buang Segera Fail .exe Ini Kerana Ia Memasang Puluhan Perisian Hasad Ke Dalam Komputer Windows
Penyelidik keselamatan dari Kaspersky memberi amaran kepada pengguna Windows yang mencari perisian cetak rompak dan pembuka kunci untuk perisian asli kerana mereka mengesan perisian hasad disebarkan melalui laman sesawang yang menawarkannya melalui enjin carian seperti Google. Rajah di atas menunjukkan contoh sebuah laman sesawang memberikan panduan kepada pengguna untuk memuat turun dan membuka fail ZIP yang…
10 Judul Permainan Ini Sering Digunakan Untuk Menyebarkan Perisian Hasad
Dalam laporan SECURELIST yang diterbitkan oleh Kaspersky mendedahkan, dari Julai 2021 hingga Jun 2022, sebanyak 91,984 fail termasuk perisian hasad dan aplikasi yang mungkin tidak diingini telah disebarkan dengan menggunakan judul permainan popular sebagai tarikan. Akibatnya seramai 384,224 pengguna menghadapi ancaman perisian hasad di seluruh dunia. Menurut Kaspersky, Minecraft, menjadi judul permainan paling popular yang…
Perisian Hasad Sudah Berjaya Tembusi Ciri Keselamatan Baru Android 13
Selepas dilancarkan secara rasmi kepada umum minggu lalu, penggodam sudah pun berjaya mencerobohi ciri keselamatan Android 13 yang baharu menerusi perisian hasad. Penyelidik keselamatan dari Threat Fabric mendedahkan bahawa penggodam dari grup Hadoken telah membangunkan satu perisian hasad baharu bagi mengeksploitasi ciri accessibility services pada sistem Android 13 bagi melihat data peribadi pengguna peranti Android. Perisian…