Tahun ini peranti boleh pakai atau wearables semakin mendapat perhatian. Dengan penawaran banyak di pasaran, mungkin anda pening untuk membuat pilihan. Oleh itu, di sini kami senaraikan lima fitness tracker atau penjejak kesihatan bawah RM200 yang berbaloi untuk dibeli sempena jualan 9.9 ini. Peranti yang disenaraikan ini memenuhi kriteria harga mampu milik, mudah didapati, mempunyai spesifikasi yang diinginkan…