Syarikat pembangun perisian keselamatan komputer terkemuka NortonLifeLock dilaporkan telah berjaya membeli sebuah lagi syarikat pembangun perisian antivirus percuma iaitu Avast yang dilaporkan berharga lebih daripada USD8 bilion. Nilai pembelian itu adalah jauh lebih mahal daripada pembelian sebelum ini di mana pada tahun lalu, NortonLifeLock telah pun berjaya memiliki syarikat antivirus Avira pada harga USD360 juta….