Setelah membiarkan peminat berteka-teki untuk beberapa ketika, Nintendo akhirnya hadir mengumumkan model alternatif kepada Nintendo Switch, dikenali sebagai Nintendo Switch Lite. Ia tampil lebih kecil dan selain perbezaan ketara melibatkan saiz, ia turut membuang keupayaan mencabut panel butang pengawal, Joy-Con dengan rekaan butang yang disekalikan pada badan konsol. Apa lagi perbezaan antara Nintendo Switch Lite…
Tag: nintendo
Lima Permainan Video Yang Kami Rasa Perlu Dibangun Semula
Jika diperhatikan pada hari ini, semakin ramai ibu bapa yang membeli sokongan untuk anak-anak kecil mereka bermain permainan video. Selain ia boleh menjana pendapatan, salah satu alasan lain pada perkara itu ialah bapa(atau sebahagian ibu) mereka juga ialah penggemar permainan video satu masa dulu. Golongan ini kebanyakan berusia 20-an atau 30-an hari ini dan jika…
Nintendo Dilaporkan Mahu Lancar Dua Model Switch Tahun Ini
Nama Nintendo mula melonjak naik semula dalam arena permainan video apabila peranti mudah alih mereka, Nintendo Switch diperkenalkan pada tahun 2017. Sejak itu, lebih 32 juta unit konsol berkenaan telah berjaya dijual di seluruh dunia. Walaupun ia adalah satu kejayaan besar, Nintendo nampaknya seperti tidak mahu berhenti di situ sahaja. Mereka kini didakwa sedang dalam…
Nintendo Umum Pokémon Sword & Shield, Bakal Ke Pasaran Global Penghujung Tahun Ini
Permainan video Pokémon merupakan antara penyebab ramai penggemar permainan video memilih untuk mendapatkan konsol mudah alih Nintendo Switch. Menyedari perkara itu, Nintendo telah mengumumkan permainan terbaru mereka Pokémon Sword dan Shield semasa melalui Nintendo Direct Pokémon baru-baru ini. Antara pembaharuan yang dibawa masuk ke edisi kali ini ialah tiga Pokémon baharu iaitu Grookey, Scorbunny dan Sobble. Grookey merupakan Pokémon elemen daun,…
Nintendo Switch 2 Berkemungkinan Lebih Kecil Dan Lebih Murah
Nintendo Switch merupakan antara konsol permainan mudah alih yang sedang laris terjual ketika ini. Sejak pelancarannya pada tahun 2017, konsol tersebut dikatakan sudah terjual sebanyak lebih 32 juta unit. Berikutan dengan kejayaan tersebut, Nintendo dilaporkan bersedia untuk memperkenalkan generasi kedua bagi konsol berkenaan tidak lama lagi. Bezanya, ia didakwa lebih kecil serta lebih murah. Akan tetapi,…
Senarai 10 Permainan Video Paling Laris Sepanjang Zaman
Suasana di dalam industri permainan video berubah dari masa ke semasa mengikut peredaran zaman. Jika 10 tahun dulu, permainan video ber-genre strategi menjadi pilihan, kini permainan battle royale pula mengambil alih. Namun, permainan manakah yang paling laras terjual sepanjang zaman? Mampukah permainan zaman ini bersaing dengan permainan lagenda seperti Mario dan Tetris dari segi jualan?…