Anda sedang berkira-kira mahu membeli monitor PC yang baharu dan terjumpa dengan terminologi teknologi G-Sync dan FreeSync yang wujud di dalam monitor yang anda cari sebentar tadi. Apa itu G-Sync dan FreeSync? Dua terma tersebut membawa maksud teknologi monitor yang masing-masing dibangunkan oleh NVIDIA dan AMD bagi menyelesaikan masalah yang sering wujud di dalam monitor…