Pada 25 Februari lepas, Xiaomi Malaysia telah mengumumkan pelancaran Mi 11 untuk pasaran tempatan. Pada hari yang sama juga, Xiaomi telah membuka pra tempahan Mi 11 sehingga 10 Mac 2021. Sementara itu, jualan rasmi pula akan bermula pada 13 Mac 2021. Terbaru, Xiaomi Malaysia mengumumkan tarikh jualan Mi 11 kini ditunda ke 20 Mac 2021….
Tag: Mi 11
(Ulasan) Xiaomi Mi 11 – Perangkap Snapdragon 888
Xiaomi mula membawa model mereka ke arena telefon mercu sebenar dengan memperkenalkan siri Xiaomi Mi 10 pada awal tahun dan melengkapkan perjalanan “flagship 2020″ dengan Mi 10 Ultra pula pada penghujungnya. Lembaran 2021 pula dibuka, Xiaomi kini telah memperkenalkan Mi 11 selaku telefon pertama mereka di Malaysia dengan Snapdragon 888. Dengan harga tidak mencecah RM3,000…
Tarikh Pelancaran Xiaomi Mi 11 Untuk Pasaran Malaysia Diumumkan
Xiaomi Mi 11 telah pun dilancarkan untuk pasaran China pada akhir Disember tahun lalu. Sementara itu, pada awal bulan ini Xiaomi telah mengumumkan kehadiran Mi 11 untuk pasaran global. Kini, setelah hampir dua bulan sejak ia mula diperkenalkan, Xiaomi Malaysia mengumumkan Mi 11 akan tiba untuk pasaran tempatan pada minggu hadapan. Mengimbas kembali, peranti ini hadir…
Mi 11 Melepasi Ujian Ketahanan, Terbukti Lebih Tahan Lasak
Beberapa hari lepas, Xiaomi telah pun melancarkan Mi 11 untuk pasaran global. Terkini, Mi 11 telah membuat kemunculan di Youtube dalam ujian ketahanan oleh JerryRigEverything. Perlu diketahui, ujian sebegini tidaklah mencerminkan bagaimana peranti tersebut dalam keadaan realiti sebenar. Namun, ia memberikan gambaran mengenai struktur binaan peranti andalan terbaru dari Xiaomi. Seperti biasa, ujian ketahanan ini…
Mi 11 Rasmi Untuk Global, Datang Sekali Dengan Pengecas GaN 55W
Xiaomi Mi 11 telah pun dilancarkan untuk pasaran China pada akhir Disember tahun lalu. Kini, penantian telah pun berakhir apabila Xiaomi secara rasmi mengumumkan pelancaran Mi 11 untuk pasaran global. Mi 11 Bermula dengan spesifikasi, Mi 11 menampilkan skrin paparan AMOLED dengan ukuran 6.81-inci bersama resolusi WQHD+ serta ketumpatan 551ppi. Menguatkan lagi ciri paparan adalah sokongan kadar segar…
Xiaomi Mi 11 Akan Dilancarkan Di Malaysia Pada 8 Februari 2021
Penantian sudah pun berakhir. Telefon dengan cip Snapdragon 888 pertama di Malaysia bakal dilancarkan pada tarikh 8 Februari 2021 nanti. Xiaomi Malaysia kini telah mengumumkan secara rasmi tarikh pelancaran Mi 11 selaku telefon paling berkuasa mereka dalam kurang 2 minggu lagi. Telefon ini sebelum ini sudah pun dilancarkan di China pada sebulan lepas. Selain Snapdragon…