Sekiranya anda terlupa, beberapa minggu yang lalu, MediaTek telah memperkenalkan cip pemproses 6nm Dimensity 810 yang mana pengganti kepada Dimensity 800. Nampaknya, realme adalah jenama pertama yang bakal hadir dengan cip pemproses tersebut. Walaupun mereka tidak mendedahkan telefon baharu yang menggunakannya, spekulasi mengatakan realme 8s akan dijana Dimensity 810. Another First has been added to…
Tag: MediaTek
MediaTek Umum Cip Dimensity 920 Dan Dimensity 810
Jika sebelum ini MediaTek mengemaskini siri Helio-G, kini cip Dimensity 920 dan Dimensity 810 pula rasmi dilancarkan dimana ia dibangunkan dengan pemproses 6nm. Kedua-dua cip tersebut adalah pengganti bagi Dimensity 900 dan Dimensity 800 yang masing-masing menawarkan sedikit peningkatan prestasi untuk peranti berkelas pertengahan. Menerusi Dimensity 920, ia menggunakan teras Cortex-A78 dengan kelajuan 2.5GHz, teras…
MediaTek Dikhabarkan Akan Melancarkan Cip Pemprosesan 4nm Pertama Di Dunia Tahun Ini
Pada awal tahun ini, telah dilaporkan tentang usaha pembangunan cip pemprosesan 3nm oleh Huawei dan 2nm oleh Apple dan TSMC. Tetapi sebelum kedatangan 3nm dan 2nm, cip pemprosesan 4nm nampaknya akan dipelopori oleh MediaTek. Sekaligus menjadikan MediaTek sebagai pengeluar cip pemrosesan 4nm pertama di dunia. Cip 4nm MediaTek itu juga dikhabarkan akan dilancarkan pada tahun…
MediaTek Umum Kompanio 1300T – Cip Baharu Untuk Tablet Dan Chromebook
MediaTek hari ini mengumumkan cip terbaharu untuk tablet dan Chromebook, iaitu Kompanio 1300T dimana ia adalah naik taraf daripada Kompanio 1200. Kali ini, ia menggunakan pemproses TSMC 6nm berbanding 7nm yang menampilkan teras-okta ARM Cortex-A78 dan ARM Cortex-A55 serta grafik Mali-G77 MC9. Cip ini juga didatangkan dengan modem 5G yang menyokong sub-6GHz dan dwi-sim. Antara…
MediaTek Mengumumkan Dua Cip Siri-G Baharu, Fokus Fotografi
MediaTek baru sahaja mengumumkan dua cip pemproses baharu, iaitu Helio G96 dan Helio G88. Masing-masing adalah pengganti bagi Helio G95 dan Helio G85. Tidak banyak naik taraf untuk CPU dan GPU tetapi beberapa prestasi kamera serta paparan dipertingkatkan. Sesuai dengan misi mereka untuk menawarkan kemampuan paparan dan fotografi yang jauh lebih baik. MediaTek Helio G96…
MediaTek Dijangka Menang Perlumbaan Untuk Keluarkan Cip 4nm
Sebelum ini, banyak laporan mengenai pembangunan cip pemprosesan dengan seni bina 4nm. Antara yang disebut-sebut semestinya TSMC dan Samsung. Terbaru, MediaTek dijangka akan menjadi yang pertama untuk mengeluarkan cip 4nm tersebut. Dikatakan, pembangunannya akan dilakukan sekitar hujung tahun ini atau awal tahun 2022. Tambahan lagi, beberapa jenama telefon pintar seperti OPPO, Xiaomi dan juga vivo…