Kumpulan ransomware baru dikenali sebagai RansomedVC mendakwa mereka telah berjaya menggodam sistem komputer Sony. Seperti yang dilakukan oleh geng ransomware lain, mereka membuat pengumuman kejayaan mereka itu di laman web gelap. Pengumuman itu menyatakan bahawa data Sony tersebut sedia untuk dijual. “Kami telah berjaya menjejaskan semua sistem sony. Kami tidak akan menebus mereka! kami akan…
Tag: Malwarebytes
Firma Keselamatan Malwarebytes Diserang Grup Penggodam ‘Dark Halo’
Firma keselamatan siber, Malwarebytes baru-baru ini memaklumkan bahawa mereka turut menjadi mangsa serangan grup penggodam yang bertanggungjawab menyerang syarikat perisian teknologi SolarWinds tahun lalu. Malwarebytes menyatakan mereka menyedari diserang oleh grup tersebut pada 15 Disember 2020 lalu. Bentuk serangan yang dilakukan didapati adalah sama sepertimana yang berlaku terhadap SolarWinds iaitu menerusi kelemahan Azure Active Directory…
Penggodam Mengeksploitasi ‘Windows Error Reporting service’ Dengan Melepaskan Kraken
Penyelidik keselamatan dari Malwarebytes menemukan eskploitasi ke atas ciri dalam sistem operasi Windows iaitu ‘Windows Error Reporting service‘ (WER). Serangan siber tersebut dikenali sebagai “Kraken”. “…we discovered a new attack called Kraken that injected its payload into the Windows Error Reporting (WER) service as a defense evasion mechanism.” Malwarebytes. WER kebiasaannya akan teraktif apabila berlaku…
Trojan xHelper Kembali Menyerang Pengguna Android
Perisian hasad degil ini kembali menjangkiti peranti walaupun selepas ia dibuang. Jika anda masih ingat pada tahun lalu, Trojan xHelper adalah antara perisian hasad tertinggi yang dikesan aktif menyerang pengguna Android. Malah ia adalah perisian hasad Android paling degil yang pernah dilaporkan kerana ia tidak boleh dipadam dari peranti Android walaupun proses ‘factory reset‘ dilakukan…
10 Perisian Hasad Berbahaya Dikesan Aktif Menyerang Pengguna Sepanjang 2019
Adware kekal menjadi perisian hasad yang paling banyak menyerang pengguna. Dalam laporan terbaru berkaitan aktiviti perisian hasad sepanjang 2019 lalu oleh pihak Malwarebytes Labs, mereka menyenaraikan sebanyak 10 perisian hasad paling popular yang dikesan aktif menyerang pengguna di seluruh dunia. Dalam laporan yang bertajuk 2020 State of Malware itu mereka mendapati adware masih kekal sebagai kategori perisian hasad yang…
Perisian Hasad Android Terbaru Kononnya Bertindak Sebagai Penghalang Iklan, Walhal…
FakesAdsBlock menjadi pusat memaparkan pelbagai iklan diperanti Android. Penyelidik keselamatan Malwarebytes melaporkan penemuan perisian hasad penghalang iklan palsu yang sedang aktif menjangkiti pengguna peranti Android. Menurut Malwarebytes, dianggarkan lebih daripada 500 peranti Android sudah dijangkiti perisian hasad ini yang dinamakan sebagai Android/Trojan.FakeAdsBlock. Perisian hasad ini bertindak kononnya sebagai penghalang iklan pada peranti pengguna, tetapi sebenarnya…