Trojan yang dinamakan ERMAC kini telah dilepaskan versi keduanya yang menyasarkan lebih banyak aplikasi untuk mencuri data berkaitan kewangan dan kripto pengguna. Dalam versi sebelumnya, ia hanya meliputi 378 namun kini meningkat ke 467 aplikasi. ERMAC ini dijual di pasaran gelap pada harga RM21,910 ($5,000) sebulan di mana $2 ribu lebih mahal daripada versi pertama….
Tag: malware
Buang Segera 6 Aplikasi Android Ini, Didapati Mengandungi Perisian Hasad Octo
Penyelidik keselamatan dari ThreatFabric melaporkan penemuan perisian hasad baru yang dikenali sebagai Octo. Perisian hasad perbankan ini bukanlah yang terbaru tetapi ia adalah evolusi daripada perisian hasad ExoCompact yang berasaskan trojan Exo. Menurut ThreatFabric, isu utama Octo adalah keupayaannya yang mampu mengakses peranti secara kawalan jauh, dengan mengeksploitasi ciri Android MediaProjection dan Accessibility Service dalam sistem…
Data Perbankan Pengguna Android Di Malaysia Jadi Sasaran, Penggodam Wujudkan Platform Servis Palsu
Penyelidik keselamatan dari ESET mendedahkan, kemunculan banyak platfom palsu dalam kategori beli-belah dan perkhidmatan telah disebarkan penggodam yang menyasarkan secara khusus pengguna di Malaysia. Menurut ESET, peningkatan beli-belah secara atas talian oleh pengguna di Malaysia antara faktor yang menarik minat penggodam untuk menyasarkan pengguna di sini sejak bermulanya pandemik COVID-19. ESET mengesan kemunculan beberapa platform…
iPhone Pun Tak Selamat, ‘Scammer’ Jumpa Cara Pasang Aplikasi Hasad Pada Peranti iOS
“Apple imun terhadap perisian hasad”. Itulah kenyataan yang dipercayai oleh sesetengah pengguna Apple. Namun saban tahun, ia sentiasa terbukti bahawa kenyataan ini adalah salah. Lebih-lebih lagi, kini sudah terdapat laporan bahawa penipu (scammer) sudah menjumpai beberapa cara untuk melakukan kerja jahat mereka menerusi pemasangan aplikasi hasad (malicious apps). Langkah pertama yang digunakan adalah, scammer mengambil…
Jangan Muat Turun ‘Cheat’ Valorant Ini, Ada Perisian Hasad Yang Berbahaya
Valorant ialah salah satu permainan first-person shooter yang terkenal dalam komuniti pemain. Namun, sudah menjadi lumrah, mereka yang tidak mempunyai kemahiran mencukupi akan menggunakan pelbagai cara untuk kekal relevan. ASEC, penganalisis keselamatan Korea mendapati terdapat usaha menyebarkan malware melalui ‘description’ di YouTube yang menyasarkan mereka yang menggunakan cheat dalam Valorant. Penganalisis berkongsi bahawa pemangsa meletakkan pautan…
Hati-Hati, Perisian Hasad Baharu Menyamar Sebagai ‘Driver’ GPU NVIDIA
Beberapa minggu yang lalu, satu kumpulan penjenayah siber yang dikenali sebagai Lapsus$ telah menggodam pelayan NVIDIA dan menggunakan hampir 1TB data sensitif. Kumpulan itu kemudiannya terus memegang tebusan data tersebut, menuntut jenama gergasi GPU itu untuk membayar supaya tidak mengeluarkan maklumat berkaitan fail chipset, grafik, dan silikon yang digunakan. Lebih parah lagi, baru-baru ini, dipercayai Lapsus$…