Komputer Apple yang dikuasakan oleh cip pemprosesan M1 kini dilaporkan telah menjadi sasaran perisian tebusan (ransomware) LockBit. Ia didedahkan oleh penyelidik keselamatan MalwareHunterTeam menerusi akaun Twitter mereka. "locker_Apple_M1_64": 3e4bbd21756ae30c24ff7d6942656be024139f8180b7bddd4e5c62a9dfbd8c79As much as I can tell, this is the first Apple's Mac devices targeting build of LockBit ransomware sample seen…Also is this a first for the "big…
Tag: macintosh
Apple Bakal Bangunkan Cip Baharu Untuk Komputer Mereka Di Dalam Israel
Apple dilaporkan bakal menjadikan Jerusalem, Israel sebagai pusat bagi membangunkan cip-cip pemprosesan bagi model-model komputer Macintosh mereka pada masa depan. Fasiliti baru di dalam Israel itu juga akan memfokuskan kepada pembangunan perkakasan lain sebagai sebahagian daripada pembangunan cip pemprosesan. Ketika ini, Apple sudah pun menjalankan operasi fasiliti mereka bagi tujuan penyelidikan dan pembangunan yang terletak…
Apple Malaysia Kini Menjual Berasingan Magic Keyboard Dengan Touch ID Serta Pelbagai Aksesori Magic Terbaru Bagi Komputer Macintosh
Apple Malaysia hari ini mula menawarkan pembelian berasingan pelbagai aksesori terbaru untuk komputer Apple Macintosh. Aksesori-aksesori itu termasuklah Magic Keyboard, Magic Keyboard with Touch ID, Magic Keyboard with Touch ID and Numeric Keypad, Magic Trackpad, dan Magic Mouse. Berikut adalah harga bagi setiap aksesori tersebut:- Magic Keyboard – RM379.00 Magic Keyboard with Touch ID – RM549.00 Magic Keyboard…
Epic Games Menawarkan 2 Judul Permainan Hebat Secara Percuma Untuk Masa Terhad
Untuk masa terhad, Epic Games menawarkan 2 judul permainan hebat secara percuma kepada para peminat permainan video komputer. 2 judul permainan itu adalah Alien: Isolation dan Hand of Fate 2. Pengguna berdaftar dengan Epic Games Store boleh memuat turun 2 judul permainan itu secara percuma sehingga 29 April 2021 nanti. Alien: Isolation pertama kali dilancarkan dalam tahun…
Semua Pelayar Berasaskan Chromium Terdedah Kepada Serangan Terbaru
Seorang pakar keselamatan siber bernama Rajvardhan Agarwal dari India mendedahkan kesemua pelayar beasaskan Chromium termasuklah Google Chrome, Microsoft Edge, Opera dan Brave dilaporkan tededah kepada serangan penggodam. Ia berikutan eksploitasi ke atas kod pepijat Chromium yang dijumpai dalam pertandingan penggodaman Pwn2Own yang telah berlangsung minggu lalu. Sungguhpun pembangun Chromium telah pun menampal kecacatan tersebut pada…
Warna Pelangi Pada Logo Apple Mungkin Akan Kembali
Rekaan logo tersebut pertama kali digunakan pada 1977. Ura-ura mendakwa Apple akan membawa kembali warna logo ikonik mereka iaitu logo Apple dengan warna pelangi. Apple dikatakan mungkin akan membawa logo ini pada produk keluaran mereka pada tahun ini juga. Rekaan logo serta warna pelangi tersebut pertama kali digunakan pada April 1977, yang direka oleh Rob…