Selepas lebih 2 bulan pengguna berdepan masalah carian menerusi File Explorer. Microsoft akhirnya telah melepaskan kemas kini terbaru kepada pengguna Windows 10 versi 1903 dan 1909 selepas kemas kini sebelum ini, November 2019 Update telah menyebabkan masalah kepada para penggunanya. Secara khususnya, pengguna berdepan dengan fungsi carian menerusi File Explorer di mana sistem Windows 10 akan tergendala…
Tag: kemaskini
Apple Melepaskan Kemas Kini Terbaru iOS 13 Untuk Pengguna iPhone, iPad dan iPod Touch
Penambah baikan terhadap beberapa isu pepijat dan diperkenalkan tetapan baru khusus untuk pengguna iPhone 11. Pada awal pagi hari ini, Apple Inc. telah melepaskan kemas kini terbaru kepada pengguna iPhone, iPad dan iPod touch menerusi iOS 13.3.1 dan iPadOS 13.3.1. iOS 13.3.1 Antara ciri utama terbaru yang diperkenalkan dalam versi iOS dan iPadOS 13.3.1 adalah…
Semua Pengguna Windows 7 Akan Menerima Kemas Kini Bagi Memperbetulkan Isu Tetapan Wallpaper
Tidak terhad kepada pengguna yang mendaftar dengan program Windows 7 Extended Security Updates (ESU) sahaja. Nampaknya Microsoft terpaksa memberikan satu lagi kemas kini kepada semua pengguna Windows 7 selepas pengguna mengadu mereka berdepan isu tetapan ‘wallpaper‘ Windows 7 yang menyebabkan ia hanya memaparkan warna hitam. “After installing KB4534310, your desktop wallpaper might display as black…
Kemas Kini Terakhir Windows 7 Menyebabkan Masalah Pada Tetapan ‘Wallpaper’
Berlaku pada sebahagian pengguna Windows 7. Sehari sebelum menamatkan sokongan terhadap sistem operasi Windows 7, pihak Microsoft telah pun melepaskan kemas kini terakhir kepada pengguna Windows 7 pada 13 Januari 2020 lalu. Menurut Microsoft, kemas kini KB4534310 untuk Windows 7 itu adalah bagi menyelesaikan pelbagai isu keselamatan pada sistem operasi usang itu. Khususnya bagi memperbetulkan…
Pelayar Firefox 72 Dikemas Kini Kepada Versi 72.0.2
5 Penambahbaikan utama dilakukan ke atas versi terbaru Firefox 72. Pembangun pelayar Firefox, Mozilla telah pun melepaskan kemas kini terbaru Firefox 72.0.2 kepada pengguna. Seperti semua sedia maklum, sebelum ini, Firefox telah berdepan dengan isu keselamatan kritikal yang menyebabkan telah berlakunya satu insiden penggodaman berikutan eksploitasi ke atas kecacatan yang ada pada versi Firefox 72.0….
Versi Windows 10 1909 Mula Ditawarkan Kepada Lebih Ramai Pengguna Windows 1809 Atau Versi Terdahulu
Berikutan penamatan sokongan servis Microsoft terhadap versi Windows 10 1809 yang akan tiba pada bulan Mei nanti. Microsoft hari ini telah mula mengkerahkan kemas kini versi Windows 10 1909 kepada lebih ramai pengguna versi Windows 10 1809 atau versi terdahulu. Ia adalah bagi mengelakkan para pengguna mereka daripada terkesan daripada penamatan servis terhadap versi terdahulu…