Android kini memudahkan anda memperibadikan peranti anda supaya lebih ekspresif, membantu, selamat dan lebih mudah diakses dengan pengenalan 11 ciri dan kemas kini baharu merentas telefon dan tablet Android, jam tangan pintar Wear OS dan peranti Google TV. Ia termasuk juga cara baharu untuk menggunakan Google Messages. Berikut adalah perkara baharu yang diperkenalkan pada Android….
Tag: kemas kini
Pengguna Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini Oktober
Samsung meneruskan kecemerlangan mereka secara konsisten memberikan kemas kini untuk barisan telefon pintar Galaxy. Untuk bulan ini, pengguna telefon pintar Samsung Galaxy sudah mula menerima kemas kini One UI 5.1.1 bagi bulan Oktober secara berperingkat. Seperti biasa, model-model terkini akan mula menerima kemas kini terbaru ini terlebih dahulu seperti Galaxy S23, Galaxy Z Flip5 dan…
Kemas Kini Windows 11 Terbaru Terima Teknologi AI, Copilot
Pengguna Windows 11 mula menerima kemas kini terbaru iaitu Windows 11 2023 Update (version 23H2) yang mana kemas kini September ini mengandungi pelbagai inovasi terbaru seperti Copilot in Windows. Untuk lancarkan Copilot, tekan kekunci WIN + C atau lihat pada ikon Copilot di taskbar. Selain itu, kemas kini terbaru Windows ini juga meliputi kepada aplikasi lain…
macOS Sonoma Mula Ditawarkan Kepada Pengguna Macintosh Hari Ini
Seperti yang dijanjikan, Apple hari ini mula menawarkan naik taraf sistem macOS terbaru iaitu macOS Sonoma kepada semua pengguna komputer Apple Macintosh di seluruh dunia secara percuma. Antara ciri utama terbaru yang diperkenalkan dalam Sonoma adalah anda kini boleh memperibadikan widget pada desktop Mac dan screen saver baharu, ciri persidangan video dan Safari ditambah baik…
Pengguna Telefon Pintar Galaxy Terima Kemas Kini Keselamatan September
Pengguna telefon pintar Samsung mula menerima kemas kini terbaru bagi bulan September.Kemas kini untuk versi kali ini lebih menumpukan kepada penambahbaikan keselamatan peranti. Saiz fail juga kecil (bergantung kepada model peranti) berbanding kemas kini bulan Ogos yang dilepaskan bulan lalu. Pengguna telefon Samsung Galaxy sebenarnya tidak sabar untuk menerima naik taraf One UI 6 yang…
Kemas Kini Segera iPhone Anda, Apple Isu Eksploitasi iOS Aktif Berlaku
Pengguna iPhone dan iPad awal hari ini mula menerima kemas kini iPadOS dan iOS 16.6.1. Kemas kini ini ditawarkan untuk peranti iPhone 8 dan terbaru, iPad Pro (semua model), iPad Air generasi ke-3 dan terbaru, iPad generasi ke-5 dan terbaru serta iPad mini generasi ke-5 dan terbaru. Kemas kini ini mengandungi penambahbaikan pada ciri keselamatan…