OPPO sebentar tadi mengadakan acara Future Imaging Technology yang mana mereka memperlihatkan teknologi kamera baharu daripada mereka. Antara yang diperlihatkan adalah sensor RGBW baharu, modul zum optikal lossless, penstabilan imej 5-paksi serta kamera di bawah skrin generasi baharu. Melalui sensor RGBW yang baharu, OPPO mendakwa ia mampu meningkatkan sebanyak 60% cahaya dan mengurangkan 35% hingar (noise)…
Tag: Kamera
Jom Lihat Dan Rakam Gambar Fenomena Hujan Meteor Perseid Awal Pagi Ini
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan hari ini memaklumkan akan berlakunya kemuncak fenomena alam yang dikenali sebagai Fenomena Hujan Meteor Perseid. Fenomena Hujan Meteor Perseid akan berlaku pada setiap tahun iaitu dari 17 Julai sehingga 24 Ogos. Tetapi kemuncak fenomena tersebut akan berlaku pada lewat malam dari jam 12.00 pagi 12 Ogos sehingga 6.00 pagi 13 Ogos 2021….
Fujifilm Lancar Kamera Instax Gaya Vintaj
Syarikat kamera Jepun Fujifilm, yang terkenal sejak tahun 1998 dengan barisan kamera “Instax” perkenal kamera baharu “instax mini 40” semalam. Selain itu, mereka juga perkenal filem mini terbaru bernama “CONTACT SHEET” dengan tulisan oren dan bahagian tepi filem berwarna hitam sebagai sentuhan klasik. Ia juga boleh digunakan dengan semua kamera Instax yang menyokong format filem…
Penyelidik Berjaya Merakam Imej 3200 Megapiksel Pertama Di Dunia
Sekumpulan penyelidik dari Jabatan Tenaga SLAC National Accelerator Laboratory, A.S telah berjaya merakam imej digital 3200 Megapiksel pertama di dunia. Imej tersebut dirakam dengan menggunakan sensor kamera digital terbesar di dunia. Saiz Imej yang dirakam itu tersangatlah besar sehinggakan ia memerlukan sejumlah 378 buah TV 4K Ultra berdefinisi tinggi bagi membolehkan imej itu dipaparkan sepenuhnya….
Samsung Umum Teknologi Pembuatan FinFET 14nm Untuk Sensor Kamera 144MP
Saiz dan nanometer sememangnya tidak asing untuk pembuatan cip pemprosesan. Namun disebabkan teknologi pengimejan semakin maju, imej sensor pula didorong untuk dikecilkan untuk kesesuaian kemampuan sensor tersebut. Terbaru, Samsung mendedahkan teknologi pembuatan FinFET untuk imej sensor 144MP bersaiz 14nm. Teknologi ini dipertontonkan oleh mereka pada konferens IEEE International Electron Devices Meeting (IEDM) 2019 baru-baru ini….
Pepijat Pada Aplikasi Kamera Peranti Android Menyebabkan Ia Boleh Digodam Dan Merakam Video Tanpa Kebenaran Pengguna
Aplikasi kamera Google dan Samsung didapati terjejas dengan isu ini. Google mengesahkan. Penyelidik keselamatan dari Checkmarx mendedahkan terdapat pepijat pada aplikasi peranti Android yang boleh menyebabkan ia digodam. Sekaligus membenarkan penyerang mengaktifkan kamera peranti yang disasarkan untuk mengambil gambar atau merakam video bagi tujuan mengintip mangsanya. Malah turut mampu mengakses data GPS dari media tanpa…