Berdasarkan data dari Perbadanan Data Antarabangsa (IDC), Apple menjadi syarikat telefon pintar terkemuka di China buat kali pertama dengan rekod penguasan pasaran sebanyak 17.3% pada 2023. Ini sekaligus menunjukkan, peralihan penguasaan jenama telefon pintar bukan sahaja berlaku di seluruh dunia, tetapi juga turut berlaku di China yang merupakan pasaran telefon pintar terbesar di dunia. “Kenaikan…
Tag: iPhone
iPhone Selamat Walaupun Jatuh 16,000 Kaki Dari Pesawat Boeing 737
Hujung minggu lalu, Pesawat 1282 Penerbangan Alaska telah menjadi tajuk utama media massa selepas bahagian bersaiz pintu pesawat itu diterbangkan semasa penerbangan dari Portland, Oregon, ke Ontario, California. Insiden itu walaubagaimanapun, tidak membawa kecederaan parah pada penumpang pesaawat Boeing 737 Max 9 itu. Tetapi lubang itu menyebabkan bahagian tepi pesawat ternganga luas dan menyebabkan beberapa…
Rindu BlackBerry? Ini Aksesori Papan Kekunci Fizikal Untuk iPhone Anda
Jika anda rindukan butang kekunci fizikal pada iPhone, Clicks beri penyelesaian untuk anda. Aksesori terbaru papan kekunci fizikal penuh yang dikeluarkan oleh Clicks Technology ini sudah pun boleh dibeli yang tersedia untuk model iPhone 14 Pro, iPhone 15 Pro dan iPhone 15 Pro Max. Dikenali sebagai Clicks Creator Keyboard Founder Edition, harga jualannya adalah bermula…
Bekas Pekerja Apple Kongsi 12 ‘Tips’ Cara Jaga Bateri iPhone
Apabila bercerita tentang peranti iPhone, topik yang sering dibangkitkan dalam kalangan pengguna mereka mahupun pengguna Android adalah jangka hayat bateri. Kajian menunjukkan bahawa disebalik sistem pengendalian iOS yang cemerlang, penggunaan kecil seperti kecerahan paparan, penggunaan sambungan Wi-Fi serta Bluetooth dan pembukaan banyak aplikasi dalam satu masa yang sama adalah antara penyebab isu ini disuarakan. Dalam…
Pencuri iPhone Kelak Akan Lebih Sukar Akses Peranti
Apple kelak akan menyukarkan pencuri iPhone untuk mengakses maklumat peribadi pengguna, walaupun memperoleh kod laluan peranti yang dicuri. Melalui iOS 17.3 beta pertama yang dilancarkan kepada pembangun hari ini, Apple menyertakan ciri ‘Stolen Device Protection’ atau Perlindungan Peranti Dicuri. {suggest} Awal tahun ini, Wall Street Journal melaporkan mengenai insiden pencuri mengintip kod laluan iPhone pengguna, sebelum…
Dapatkan Promosi Tukar Bateri iPhone Serendah RM66 Di Switch
Salah satu Pembekal Khidmat Sah Apple (AASP) di Malaysia, Switch kini menawarkan promosi penukaran bateri iPhone serendah RM66. {suggest} Switch menawarkan penggantian bateri iPhone pada harga RM66 bagi model iPhone SE, SE generasi kedua, iPhone 6 hingga iPhone 8 Plus. Sementara untuk model iPhone X, iPhone 11, iPhone 11 Pro dan 11 Pro Max berharga…