Apple telah menghentikan pengeluaran aksesori FineWoven, menurut dakwaan peniris Apple yang dikenali sebagai “Kosutami”. {suggest} Menerusi platform X, Kosutami menjelaskan bahawa Apple telah menghentikan pengeluaran aksesori FineWoven kerana ketahanannya yang tidak memuaskan. Tambahnya lagi, syarikat itu mungkin beralih kepada bahan bukan kulit yang lain untuk aksesori premium produk Apple. FineWoven has gone.Since its durability were…
Tag: iPhone
Sambar iPhone Raya Sekarang Serendah RM46/bulan Dan Jimat Sehingga RM750
Sempena raya yang bakal menjelang tiba, apa kata anda memeriahkan lagi dengan menyambutnya bersama telefon pintar terbaru iPhone yang mampu untuk anda miliki pada harga serendah RM46/bulan. Tidak setakat itu, eksklusif dengan iTworld, anda juga boleh menikmati penjimatan berganda sehingga RM750 untuk model iPhone terbaru dengan pelan 0% faedah selama 36 bulan dengan pembayaran kad…
Pengguna iPhone Dilapor Akan Boleh Susun Aplikasi Sesuka Hati Di ‘Home Screen’
Akhirnya, selepas 17 tahun iPhone dilancarkan, Apple akan membenarkan pengguna iPhone menyusun atur ikon aplikasi di dalam iPhone mereka di mana-mana bahagian skrin secara bebas. Ciri tersebut dikhabarkan akan diterima pengguna iPhone menerusi kemas kini sistem iOS 18 nanti. Dijangkakan bahawa kemas kini tersebut akan memperkenalkan keupayaan untuk mencipta ruang, baris dan lajur kosong antara…
Sebelum Beli iPhone Terpakai, Pastikan Semak Perkara Ini Terlebih Dahulu
Pasaran telefon pintar terpakai atau secondhand masih lagi besar di Malaysia. Ini kerana saban hari telefon pintar terbaru semakin tinggi harga jualannya. Oleh sebab itu, telefon pintar terpakai ini akan sentiasa jadi pilihan. Antara model telefon yang sering menjadi sasaran dan sentiasa ada nilai adalah iPhone. Tidak pasti mengapa iPhone sering menjadi buruan, mungkin disebabkan…
Pemindahan Data Antara iPhone Dan Android Kelak Lebih “Mesra Pengguna”
Bagi mematuhi Akta Pasaran Digital (DMA) Kesatuan Eropah, Apple telah membuat beberapa perubahan besar seperti membenarkan sideloading, kaedah pembayaran alternatif dan sebagainya. Selain itu, Apple mengesahkan akan menyediakan cara yang lebih “mesra pengguna” untuk memindahkan data daripada iPhone ke peranti dengan sistem operasi berbeza. {suggest} Dalam Laporan Pematuhan DMA bertarikh 7 Mac 2024, Apple berkata…
iOS 17.4 Kini Tersedia, Ini Yang Baharu
Apple hari ini mengeluarkan iOS 17.4, iaitu kemas kini utama keempat bagi sistem operasi iOS 17. {suggest} Dengan iOS 17.4, ia membawakan sejumlah ciri baharu, termasuk beberapa perubahan besar bagi pengguna iPhone di Eropah. Perubahan di EU Bermula iOS 17.4, Apple kini membenarkan pemasangan aplikasi daripada stor aplikasi alternatif atau sideloading bagi iPhone di Kesatuan…