Dijangka akan dilancarkan pada tahun hadapan. Berdasarkan kepada khabar angin terbaru sebelum bermulanya persidangan Max yang akan dihoskan Adobe nanti, firma pembangun perisian grafik terkenal itu dilaporkan akan membawa aplikasi grafik popular mereka, Illustrator ke peranti iPad. Aplikasi Illustrator untuk iPad itu dijangka akan diperkenalkan pada persidangan Max nanti yang akan berlangsung dalam bulan November…
Tag: ipad
Pelbagai Model Peranti Popular Apple Didapati Kekal Terdedah Kepada Penggodaman
Ekploitasi terhadap kecacatan bootroom peranti Apple. Penyelidik dan juga penggodam iOS bernama @axi0mX aka ipwndfu telah melepaskan kod yang dikenali sebagai checkm8 bagi mengeksploitasi kecacatan yang ada pada peranti iPhone, iPad, ipod touch, Apple Watch dan Apple TV model-model terdahulu. Cuma apa yang lebih mengejutkan daripada pendedahan oleh penyelidik itu adalah ekploitasi tersebut dibuat ke atas kecacatan kekal yang ada…
Kemas Kini Terbaru Bagi Pengguna Peranti iOS Versi 9, 10 dan 12
Apple turut melepaskan kemas kini bagi peranti iOS terdahulu. Apple pada awal hari ini telah melepaskan deretan kemas kini bagi peranti-peranti utama mereka. iOS 12.4 Bagi pengguna iPhone dari model iPhone 5s dan terbaru, iPad Air dan terbaru serta iPod touch generasi ke-6 dan terbaru, anda boleh mengemas kini peranti anda kepada versi iOS 12.4….
iOS 13 Dan iPadOS Beta Mula Ditawarkan Kepada Pengguna
Apple sedia mengumumkan sistem operasi terbaru bagi barisan iPhone, iOS 13 dan iPadOS pada awal bulan ini. Mengandungi pelbagai ciri menarik bagi menambahbaik prestasi peranti mereka, versi beta iOS 13 dan iPadOS sudah mula ditawarkan kepada pengguna. Oleh kerana ia masih lagi versi beta, pengguna perlu menjangkakan masalah-masalah dari segi prestasi, pepijat, jangka hayat bateri…
Kesan Skrin Hijau Kini Boleh Didapati Pada Kemaskini iMovie Terbaru
Apple kini telah mengemaskini aplikasi iMovie mereka kepada aplikasi suntingan video yang lebih profesional dengan membawa ciri kesan skrin hijau, yang menyokong fungsi kunci atau membuang latar belakang bagi memfokuskan objek utama di dalam sesuatu video. Fungsi ini selalunya digunakan didalam suntingan bagi sesuatu filem bagi memanipulasi kawasan penggambaran tanpa perlu merakam di kawasan sebenar,…
Peranti iPad Kini Dikuasakan Oleh iPadOS
iPad tidak lagi menggunakan sistem operasi iOS. Selain daripada perkenalkan versi terkini sistem operasi iOS 13 dan macOS 10.15 Catalina, Apple turut mengumumkan sistem operasi terbaru yang dibangunkan mereka khusus bagi peranti iPad. Sistem operasi untuk iPad ini dipanggil sebagai iPadOS. Menurut Apple, dengan sistem terbaru yang khusus dibangunkan untuk iPad ini, iPadOS akan menjadikan…