Kumpulan muzik popular dari Britain, Coldplay baru-baru ini mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan dari Belanda, The Ocean Cleanup, dalam usaha membendung pencemaran di 1,000 sungai paling tercemar di dunia. Terkenal dengan lagu “Paradise”, Coldplay menaja mesin perangkap sampah sungai “Interceptor 005” yang bakal digunakan di Malaysia. Juga dikenali sebagai Neon Moon 1,…