Google Photos menawarkan pelbagai ciri suntingan dikuasakan AI, termasuk Magic Editor, Photo Unblur dan Magic Eraser. Walau bagaimanapun, untuk menggunakannya ia memerlukan peranti Pixel atau langganan berbayar Google One. Kini, Google mengumumkan beberapa ciri suntingan berasaskan AI akan tersedia kepada semua pengguna Google Photos, tanpa memerlukan langganan berbayar. {suggest} Bermula 15 Mei 2024, mana-mana pengguna…
Tag: google
Google Lancar Pelayar Chrome Berbayar Pada Harga Langganan ~RM28/bulan
Google kini menawarkan aplikasi pelayar Chrome versi berbayar menerusi Chrome Enterprise dengan pilihan Core (percuma) dan Premium (berbayar). Chrome Enterprise menumpukan kepada syarikat sebagai pelayar yang boleh memberi pengguna lebih perlindungan data semasa dalam talian. Versi Chrome ini direka untuk menyekat add-on yang mencurigakan, contohnya, untuk melindungi daripada penggodaman dari semua sudut. Antara ciri utama pelayar…
Google Lancar Ciri Seperti “Find My” Apple, Boleh Jejak Peranti Di Luar Talian
Google hari ini melancarkan ciri Find My Device serba baharu untuk peranti Android, seperti Find My yang digunakan pada peranti Apple. Ciri ini dilancarkan secara global, bermula di Amerika Syarikat dan Kanada. {suggest} Rangkaian Find My Device menggunakan sumber khalayak atau crowdsourced dengan lebih satu bilion peranti yang menjalankan Android 9+, untuk menjejaki item yang…
Google Search Mungkin Tidak Lagi Percuma Sepenuhnya
Google, gergasi teknologi yang sinonim dengan carian dalam talian, dilapor sedang mempertimbangkan untuk mengenakan bayaran bagi kandungan “premium” yang dijana oleh kecerdasan buatan (AI) pada enjin cariannya. {suggest} Menurut Financial Times, Google dikatakan sedang melihat pelbagai pilihan, sama ada untuk menambah ciri carian dikuasakan AI tertentu pada perkhidmatan langganan premium yang sudah menawarkan akses kepada…
Kenderaan Google Street View Dikejar Polis, Pemandu Pecut Hampir 200Km/j
Seorang pemandu kenderaan pemetaan Google Street View mengaku bersalah selepas terlibat dalam insiden kejar mengejar dengan pihak polis Indiana. Insiden itu berakhir dengan kenderaan tersebut jatuh ke dalam sungai. Pemandu tersebut, Coleman Ferguson, 37, didapati bersalah selepas polis di sana ternampak kenderaan suspek memecut laju ketika melintasi sebuah sekolah menengah dan melepasi sebuah lagi kereta…
Tindakan Google Nyahaktif Paparan Tukaran MYR Bukan Arahan Mana-Mana Pihak – Fahmi
Tindakan Google menyahaktifkan ciri-ciri termasuk graf pertukaran nilai mata wang Ringgit Malaysia (MYR) di enjin cariannya buat sementara waktu adalah bagi menyelesaikan beberapa aspek teknikal, dan bukan arahan mana-mana pihak. {suggest} Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil berkata beliau dimaklumkan oleh pihak Google bahawa tindakan itu diambil selepas mengadakan perbincangan dengan Bank Negara Malaysia (BNM), bagi memastikan…