Program membayar penggodam untuk mencari kelemahan perisian dan sistem masing-masing bukan perkara baharu. Syarikat seperti Facebook dan Google menawarkan program sebegini untuk membaiki kelemahan-kelemahan yang terdapat pada sistem serta pada masa yang sama memberikan ganjaran terhadap kreativiti penggodam dalam mencari kelemahan sistem mereka. Melalui program Android Security Rewards, Google sendiri telah membayar sebanyak 1.5 juta…
Tag: Google Pixel
Lepak Bersama Komuniti Google Pixel Malaysia – Peluang Berjumpa Dengan Xavier Naxa
Anda pengguna Google Pixel? Secara automatik anda dijemput hadir ke perjumpaan besar-besaran komuniti Google Pixel di Malaysia. Perjumpaan tersebut merupakan satu idea perkumpulan oleh satu Facebook Group yang dimuatnaik melalui pengguna Azrain Alaman. Tarikh yang ditentukan perjumpaan adalah pada 8 Disember 2019 (Ahad) pada waktu 3 – 6 petang di KLCC Park. Tujuan perjumpaan tersebut…
Kemaskini Sekuriti Oktober Merupakan Kemaskini Terakhir Google Pixel 2016
Kemaskini November untuk Google Pixel telah tersedia. Kesemua Pixel mendapat kemaskini tersebut tetapi untuk Pixel dan Pixel XL (2016), mereka kurang bernasib baik. Walaupun Google secara rasminya belum menamatkan sokongan kemaskini untuk Pixel (2016), laman rasmi mereka telah memberitahu bahawa tiada kemaskini lagi untuk peranti tersebut selepas Oktober 2019. Ini bermakna kemaskini Oktober merupakan kemaskini…
Kemaskini Isu Face Unlock Google Pixel 4 Bakal Hadir Dalam Beberapa Bulan
Sebelum ini kami pernah melaporkan isu “Face Unlock” Pixel 4 yang boleh dinyah-kunci meskipun mata ditutup. Perkara ini mendatangkan masalah kerana peranti tersebut boleh dibuka tanpa disedari pemiliknya terutamanya ketika tidur. Pixel 4 tidak mempunyai imbasan keselamatan selain daripada fungsi Face Unlock, menjadikan pengguna tiada pilihan lain selain mengharapkan Google mengemaskini isu ini. Google bagaimanapun…
Google Pixel 4 Bakal Hadir Dengan Tiga Warna Pilihan
Serba-serbi pendedahan mengenai Pixel 4 sudah pun kita ketahui dan menjelang hari pelancaran yang bakal dilangsungkan pada 15 Oktober nanti, kini perkhabaran mengenai warna pula timbul. Tiga warna yang bakal menjadi perhiasan visual kepada generasi terbaru Pixel adalah putih, hitam dan oren. Seperti sebelum ini, Google akan memberikan nama yang cukup menarik untuk kepada pilihan…
Butiran Mengenai Skrin Dan Cip Pixel 4 XL Mula Didedahkan
Google masih belum lagi mengumumkan tarikh pelancaran bagi Pixel 4 dimana spekulasi kuat menyatakan ia mungkin dilangsungkan sekitar awal atau pertengahan Oktober nanti. Dalam pada itu, sedikit demi sedikit pendedahan melibatkan model terbaru ini didedahkan dengan yang terbaru adalah mengenai paparan serta cip pemprosesan yang akan digunapakai. Berdasarkan imej yang diperolehi oleh 91Mobiles, model didakwa…