Siri edisi peminat atau Fan Edition (FE) dalam Samsung merupakan sebuah siri peranti yang berada di tengah-tengah di antara siri Galaxy A dan siri Galaxy S. Ia telefon pintar berkuasa tetapi pada masa sama dijual pada harga mampu milik. Kali terakhir kemunculan ‘FE’ ini adalah pada awal tahun 2022 di mana Galaxy S21 FE dilancarkan….
Tag: galaxy s22
Siri Galaxy S22 Dan Poco F4 GT Sudah Boleh Guna Rangkaian 5G Malaysia
Pengguna Samsung Galaxy S22, S22+ dan S22 Ultra di Malaysia kini sudah boleh menikmati rangkaian 5G. Untuk mendapatkannya, anda hanya perlu mengemas kini perisian telefon anda melalui Tetapan atau Setting. Ia hadir dalam tampalan keselamatan (security patch) 1 Mei 2022. Terdahulu, siri Galaxy S21 juga telah menerima sokongan perkhidmatan 5G. Selain itu, Poco F4 GT…
Sebab ‘Throttling’, Siri Galaxy S22 Mula ‘Dilupakan’ Di Negara Sendiri
Isu GOS (Gaming Operating Service) sememangnya telah memburukkan nama Samsung di Korea Selatan. GOS merupakan sebuah perisian tersebunyi yang mengehadkan prestasi CPU dan GPU siri peranti tersebut. Hal ini telah menyebabkan jualan siri Galaxy S22 menjunam di negara tersebut. Sebulan telah berlalu, Samsung juga telah melepaskan kemas kini baharu dengan membuang GOS. Namun tindakan tersebut…
CEO Samsung Mohon Maaf Berkaitan Isu “Throttling”
CEO Samsung, Han, Jong Hee dilaporkan telah membuat permohonan maaf secara terbuka berkaitan isu peranti Galaxy S22 yang terkait dengan skandal aplikasi menghadkan prestasi. Permohonan maaf itu dibuat beliau di depan para pemegang saham syarikat tersebut dalam Mesyuarat Kali Ke-54 Samsung Electronic yang berlangsung hari ini. Dalam permohonan maaf itu beliau menyatakan syarikat telah gagal memahami…
Kemas Kini Baharu Galaxy S22 Dilepaskan, Tiada Lagi Had Prestasi Aplikasi
Berikutan dengan isu Samsung mengehadkan prestasi pada aplikasi, kini Samsung telah mengeluarkan kemas kini baharu dengan mengalihkan pengehadan tersebut. Samsung telah menggunakan satu aplikasi iaitu Gaming Operating Service (GOS) yang mana aplikasi ini mengehadkan prestasi aplikasi untuk barisan peranti Galaxy S mereka. Selain itu, GIS ini juga berfungsi menjimatkan penggunaan kuasa untuk ketahanan bateri yang…
Dakwa Peranti Galaxy S22 Ditempah Masih Belum Diterima Sehingga Kini, Laman FB Samsung Diserang Pengguna
Laman Facebook Samsung hari ini diserang sebahagian pengguna yang mendakwa telah membuat pra tempah telefon pintar Samsung Galaxy S22 tetapi masih belum menerimanya sehingga ke hari ini. Salah seorang pengguna mendakwa, beliau sudah membuat tempahan ke atas Galaxy S22 sejak Februari lalu. Tetapi sehingga kini dakwa pengguna itu, status tempahan peranti itu hanyalah masih dalam…