“Sudah jatuh ditimpa tangga”. Itulah ungkapan paling sesuai bagi syarikat platform perhubungan sosial terkemuka, Facebook Inc. Selepas ditimpa pelbagai kontroversi berkaitan privasi pada tahun ini, kini mereka dihantui oleh masalah godaman pula. Semalam, pemiliknya, Mark Zuckerberg mendedahkan bahawa lebih 50 juta akaun penggunanya di seluruh dunia telah pun digodam. Sehubungan dengan perkara itu, Suruhanjaya Komunikasi dan…
Tag: facebook
WhatsApp Status Bakal Paparkan Iklan, Pengasasnya Dedah Ketamakkan Facebook
Aplikasi WhatsApp telah menjadi antara medium perhubungan segera yang paling popular hari ini. Menurut laporan, WhatsApp kini mempunyai sekitar 1.5 bilion pengguna secara bulanan. Mungkin atas dasar itu, pemiliknya Facebook Inc. telah membuat keputusan untuk mencari jalan bagi membolehkan mereka menjana pendapatan melaluinya. Maka, seperti yang kita ketahui, pada awal bulan lepas, WhatsApp telah mengumumkan…
Pengasas Instagram Dilapor Letak Jawatan, Bakal Tinggalkan Facebook
Selepas pengasas platform permesejan segera WhatsApp meninggalkan Facebook pada awal tahun lalu, kini pengasas bersama Instagram, Kevin Systrom dan Mike Krieger pula dilaporkan akan melakukan tindakan yang sama. Kevin Systrom & Mike Krieger (Kredit : NY Times) Kevin dan Mike telah membangunkan Instagram pada tahun 2010 sebelum menjualnya kepada Facebook dengan harga $ 1 billion…
Facebook Sedang Bangunkan Ciri Cari Jodoh Seakan Tinder
Pada acara F8 bulan Mei yang lalu, Facebook ada mengumumkan pembangunan ciri Facebook Dating. Dilihat seakan-akan aplikasi cari kenalan, Tinder, ciri tersebut sudah mula diuji di Columbia. Facebook akan menggunakan algoritma mereka dalam menyesuaikan kenalan berdasarkan informasi yang diberikan oleh pengguna. Contoh informasi adalah seperti biografi, tempat kerja, pendidikan, agama, ukuran fizikal tubuh badan serta…
Facebook Mohon Maaf Atas Kesilapan Teknikalnya Berkaitan Bencana Gempa Bumi Lombok
Facebook sekali lagi terpalit dengan kontroversi. Kali ini, ia berkaitan masalah teknikal berkaitan fungsi penterjemahannya apabila telah tersilap menterjemahkan perkataan ‘selamat’ kepada congratulations(tahniah), dan bukannya safe. Ia terjadi apabila penggunanya mengucapkan ucapan semoga selamat kepada mangsa-mangsa gempa bumi di Lombok baru-baru ini. Berikutan dengan kiriman itu, fungsi animasi automatik yang terdapat pada Facebook telah memaparkan…
India Mahu Halang Akses Terhadap Facebook & WhatsApp, Jika Perlu
Kerajaan India semalam telah membuat satu kejutan apabila mengarahkan syarikat-syarikat pembekal perkhidmatan internet dan telekomunikasi untuk mencari jalan bagi menghalang akses terhadap laman Facebook dan platform media sosial lain seperti Instagram, WhatsApp dan Telegram. Bagaimanapun, ia hanya akan dilaksanakan sekiranya terdapat penyalahgunaan terhadap laman-laman tersebut sehingga boleh mengancam keselamatan negara, lapor Reuters. Arahan ini dibuat selepas…