Hari ini Samsung secara rasminya telah memperkenalkan cip Exynos 2100. Ia adalah merupakan cip pemprosesan kelas mercu untuk tahun 2021 yang bakal digunakan pada telefon Galaxy S21 mereka. Sebagai pengenalan, Exynos 2100 dibina dari proses 5nm EUV dan hadir dengan modem 5G terbina. Cip ini didatangkan dengan 8 teras termasuk 1 teras prestasi tinggi Cortex-X1…
Tag: exynos
Samsung Akan Membekalkan Cip Exynos Kepada Xiaomi, vivo Dan OPPO
Samsung tidak asing lagi dalam menawarkan pemproses kepada pengeluar peranti Android lain. Baru-baru ini, vivo turut menggunakan cip Exynos 980 dan Exynos 880 pada beberapa telefon keluarannya. Terkini, gergasi teknologi Korea Selatan itu dilaporkan dalam perancangan untuk membekalkan cip Exynos kepada OPPO dan Xiaomi pada separuh pertama 2021. Pada masa ini, Qualcomm merupakan pembekal cip…
Cip Samsung Exynos Grafik Dari AMD Mungkin Diumumkan Seawal Tahun Hadapan
Cip Exynos dari Samsung sejak kebelakangan ni menerima maklum balas sedikit mengecewakan disebabkan prestasi yang kurang kompetitif berbanding Qualcomm Snapdragon. Dengan pelancaran Galaxy S21 beberapa bulan lagi, sudah tentu Samsung bertungkus lumus membangunkan cip yang lebih berkuasa untuk digunakan dalam telefon mercu mereka. Maklumat terbaharu mengenai cip Exynos, dikatakan Samsung sedang membangunkan 2 cip berprestasi…
Samsung Dilapor Akan Menghasilkan Cip Pemproses 3nm
Samsung beberapa bulan lalu telah mengesahkan cip pemproses 5nm akan dihasilkan pada suku kedua tahun 2020. Dijangka cip Exynos 992 akan dibina dengan pemproses tersebut dan kemungkinan dimuatkan pada Galaxy Note 20 yang akan dilancarkan tidak lama lagi. Berdasarkan laporan dari Taiwan, Samsung dikhabarkan akan melangkau penghasilan pemproses 4nm dan seterusnya menghasilkan pemproses 3nm. Kemungkinan…
Samsung Umum Exynos 850 – Sebuah Cip 8nm Untuk Peranti Bajet
Selepas mengumumkan cip Exynos 880 pada minggu lalu, Samsung kini telah menambah portfolio cip mereka dengan memperkenalkan satu lagi cip iaitu Exynos 850. Cip terbaharu ini adalah merupakan sebuah cip kelas permulaan berdasarkan spesifikasinya. Dibina melalui proses 8nm, ia mempunyai 8 teras Cortex-A55 dan juga grafik Mali-G52. Tidak seperti Exynos 880, Exynos 850 tidak mempunyai…
Samsung Pertahankan Prestasi Exynos 990 Adalah Setanding Dengan Snapdragon 865
Jika dahulu, sebagai salah sebuah negara pasaran yang menerima cip varian Exynos berbanding Snapdragon, Malaysia bernasib baik kerana kebiasaannyya cip Exynos adalah lebih berkuasa berbanding Snapdragon. Namun kini, sudah tiba masanya pengguna peranti Samsung dengan cip flagship Exynos merasa cemburu dengan negara yang mendapat cip varian Snapdragon disebabkan perbezaan prestasi yang agak ketara. Untuk siri…