Sering kali kita mendengar isu kebocoran data peribadi yang berlaku pada organisasi tertentu, khususnya di Malaysia. Sudah pastinya, ketirisan data ini menimbulkan kebimbangan awam, terutamanya pengguna yang menjadi mangsa kejadian berkenaan. Namun begitu, tanpa disedari tindakan oleh sebilangan pengguna adakalanya turut mendorong kepada kebocoran data peribadi. Bagaimana? Melalui muat naik data peribadi secara terbuka di platform…
Tag: Data Peribadi
JPDP Serbu Premis Pengguna Data Sekitar Negeri Sembilan Dan Johor
Jabatan Perlindungan Data Peribadi Malaysia (JPDP) telah melaksanakan operasi serbuan ke atas premis Pengguna Data di sekitar Negeri Sembilan dan Johor yang tidak memperbaharui Perakuan Pengguna Data pada 11 Mei 2023 lepas. Premis yang terlibat adalah syarikat/organisasi yang tergolong di bawah 13 Golongan Pengguna Data yang wajib berdaftar di bawah Pesuruhjaya Perlindungan Data Peribadi Malaysia…
Aplikasi Antipenggodam Bakal Diperkenalkan Kerajaaan Untuk Pengguna
Bagi mengekang kegiatan penggodaman yang semakin berleluasa, Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa memaklumkan bahawa kementeriannya akan memperkenalkan aplikasi khas bagi tujuan itu. Pertemuan dengan pembangun aplikasi itu akan diadakan di luar negara dalam masa terdekat. Selain itu menteri juga memaklumkan telah meminta pihak Cyber Security Malaysia (CSM) untuk membuat kajian spesifik ke atas aplikasi…
K-KOMM Bertindak Sekat Laman Sesawang Jual Data
Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (K-KOMM) memaklumkan bahawa mereka telah mengeluarkan arahan kepada pembekal perkhidmatan Internet (ISP) bagi menyekat laman sesawang yang menjalankan aktiviti jual beli data. Tindakan itu diambil berhubung dengan keresahan dan kebimbangan orang ramai mengenai isu penjualan data oleh sebuah laman sesawang sumber terbuka (Open-source Intelligence) yang mula didedahkan di laman Twitter…
Telegram Dilaporkan Serahkan Data Penggunanya Kepada Pihak Berkuasa German
Pembangun aplikasi sembang sosial Telegram dilaporkan telah memindahkan data peribadi penggunanya kepada Jabatan Jenayah Polis German. Data-data peribadi yang diserahkan itu pula didakwa melibatkan suspek-suspek yang disyaki terlibat dalam aktiviti jenayah keganasan dan penderaan terhadap kanak-kanak. Serahan data peribadi suspek-supek itu adalah bertujuan bagi memudahkan lagi jabatan polis itu mengakses data para suspek. Jika laporan…
KDN Akan Siasat Individu Tular Isu Penjualan 22.5 juta Data Peribadi Rakyat Malaysia
Semalam Polis Diraja Malaysia (PDRM) menerusi Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) memaklumkan bahawa satu laporan polis telah diterima berkaitan dakwaan penjualan data peribadi secara dalam talian. Siasatan dibuat bagi menentukan kesahihan dakwaan itu. Respon terhadap dakwaan itu juga, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin menegaskan bahawa dakwaan tersebut sebagai tidak benar dan disahkan data peribadi…