Aplikasi MySejahtera telah dilancarkan oleh Kerajaan Malaysia bagi membendung penularan wabak COVID-19 di dalam negara dengan membolehkan pengguna melaksanakan penilaian kesihatan sendiri. Pada masa yang sama, ia membantu Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapat maklumat awal untuk mengambil tindakan yang cepat dan berkesan. Aplikasi ini dibangunkan melalui kerjasama strategik Majlis Keselamatan Negara (MKN), Kementerian Kesihatan Malaysia…
Tag: covid19
YouTube Akan Sekat Dan Keluarkan Video Teori Konspirasi 5G Dengan Covid-19
Baru-baru ini, terdapat teori konspirasi yang cuba mengaitkan pandemik Covid-19 dengan teknologi 5G. Sebagai langkah untuk menyekat penyebaran tersebut, YouTube merancang untuk menyekat video seperti itu. Ini kerana, ia melanggar polisi terbaru berkaitan halangan video mempromosikan kaedah perubatan yang tidak berasas untuk mencegah jangkitan Covid-19. Bagaimanapun, ia tidak akan menghentikan sepenuhnya semua video konspirasi 5G…
WHO Bakal Lancarkan Aplikasi Covid-19 Pada Peranti Android Dan iOS
Selain membasuh tangan dan mengekalkan jarak sosial, apa yang kita boleh lakukan pada ketika ini adalah membendung penyebaran berita palsu dan hanya menyampaikan berita berdasarkan fakta. Kini, WHO bakal melancarkan aplikasi rasmi bagi pengguna Android dan iOS yang bertujuan untuk menyampaikan berita, tip, makluman terkini dan lain-lain berkaitan Covid-19 pandemik. Aplikasi yang pada masa ini…
KPWKM Wujudkan Talian Khas Kaunseling Covid-19 Untuk Beri Sokongan Psikologi
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini telah mewujudkan Talian Khas Kaunseling COVID-19. Ia bertujuan untuk memberi sokongan psikologi kepada orang ramai yang terkesan dengan penularan wabak pandemik Covid-19 dan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang ketika ini telah dilanjutkan sehingga 14 April. Dalam kenyataan hari ini, Menteri KPWKM, Datuk Seri Rina Mohd Harun…
YouTube Bakal Mengurangkan Kualiti Video Secara Default Pada Bulan Hadapan
Sebagai usaha untuk melancarkan trafik internet sepanjang tempoh penularan wabak Covid-19, YouTube dilapor bakal mengurangkan kualiti penstriman video di seluruh dunia bermula bulan hadapan. Tindakan ini diambil hanya seminggu selepas YouTube mengumumkan pengurangan kualiti penstriman video bagi pengguna Eropah. Secara default, video akan dimainkan dengan standard definisi iaitu pada resolusi 480p. Bagaimanapun, pengguna masih boleh memainkan…
Main Permainan Worms Zone Dan Berpeluang Menangi PC ‘Gaming’
Malaysia kini telah memasuki hari keempat Perintah Kawalan Pergerakan. Sebagai inisiatif untuk menyokong kawalan tersebut dan menggalakkan rakyat Malaysia terus berada di rumah, pihak Racun Tech telah menganjurkan program atau pertandingan dimana dengan bermain permainan Worms Zone, anda berpeluang memenangi sebuah komputer gaming bernilai RM2000. Untuk menyertainya, anda mempunyai beberapa pilihan sama ada bermain permainan Worms…