Satu kajian yang dijalankan oleh saintis berkenaan impak virus COVID-19 ke atas otak manusia mendapati kes COVID-19 kategori sederhana sahaja sudah boleh merosakkan otak dan mengganggu keupayaan daya fikir seseorang yang telah dijangkiti dengan virus tersebut. Saintis mengenal pasti COVID punyai kaitan dengan kerosakan otak beberapa bulan selepas dijangkiti termasuklah kaitannya dengan kegagalan fungsi deria…
Tag: Covid-19
Pembelian Kit Ujian Kendiri COVID-19 Dapat Pelepasan Cukai Sehingga RM1000
Rakyat Malaysia kini boleh menarik nafas lega kerana hari ini Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengumumkan pelepasan cukai individu sehingga RM1000 untuk pembelian kit ujian kendiri COVID-19. Bagi rakyat tempatan yang mempunyai gaji tahunan sebanyak RM34,000 kebawah bakal menikmati pelepasan cukai itu secara one-off dan beberapa manfaat lain bagi tahun pencukaian 2021. Tambahan lagi, nilai yang…
Dos Penggalak Wajib Untuk Jemaah Umrah Bermula 14 Februari
Bermula 14 Februari 2022, jemaah umrah kini diwajibkan untuk menerima dos penggalak sebagai prosedur operasi standard (SOP) baharu. Melalui kenyataan dari Menteri Hal Ehwal Agama, Datuk Idris Ahmad, kewajiban dos penggalak ini adalah disebabkan pematuhan pekeliling oleh Kerajaan Arab Saudi. Menurut Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, jemaah umrah turut dibenarkan untuk menjalani…
Penyelidik Bangunkan Set Ujian COVID-19 Guna Telefon, Kotak Dan Lampu LED, RM30 Setiap Ujian
Belum selesai dengan gelombang Delta, Omicron pula sudah melanda. Semalam Malaysia mencatatkan sebanyak 5,720 kes COVID-19 harian namun di negara seperti Amerika Syarikat, mereka mencatatkan sehingga 1 juta kes harian dua minggu lalu. Sekumpulan penyelidik dari University of California, Amerika Syarikat telah membangunkan sebuah sistem yang dinamakan smaRT-LAMP (smartphone-based real-time loop-mediated isothermal amplification) untuk mengesan…
Mulai Hari Ini, Empat PPV Terima ‘Walk-In’ Untuk Dos Penggalak Bagi 18 Tahun Ke Atas
Mencegah adalah lebih baik daripada merawat, itulah peribahasa yang sesuai untuk menyimpulkan keadaan dunia sejak beberapa tahun ini. Untuk vaksin COVID-19, banyak negara telah mula mengagihkan suntikan penggalak dan antara punca utamanya ialah kehadiran varian-varian baharu seperti Omicron. Setakat 25 Januari 2022, sudah 47.5% daripada penduduk Malaysia yang berumur 18 tahun telah mendapatkan dos penggalak….
Penyanyi Meninggal Dunia Akibat COVID-19 Selepas Sengaja Dijangkiti Untuk Elak Divaksin
Di kebanyakan negara Eropah, untuk melayakkan diri menyertai acara sosial, sukan dan tempat yang ramai seperti panggung wayang, konsert dan seumpamanya, seseorang perlu sama ada divaksin atau mempunyai sejarah dijangkiti COVID-19. Bagi mereka yang tidak divaksin tetapi pernah dijangkiti, sebuah pas (recovery pass) akan diberikan kerana menurut kajian sains, badan telah mempunyai sistem pertahanan yang…