Walaupun namanya ‘burn in’, ia sebenarnya tidaklah bermaksud skrin itu benar-benar terbakar atau hangus. Sebaliknya terma ‘burn in’ sering digunakan merujuk kepada paparan yang mengalami kelunturan warna pada mana-mana bahagian panel paparan itu. Ia boleh wujud dalam bentuk teks, imej, garisan, warna yang menghilang, atau corak lain pada paparan itu. Paparan itu masih lagi berfungsi…