Pasaran peranti memfokuskan kepada permainan mudah alih menerima pesaing baru, Black Shark 2 Pro sejak penghujung Julai yang lalu. Diperkenalkan terlebih dahulu untuk pasaran China, model idaman ramai itu kini sudah selamat mendarat dengan rasminya di Malaysia. Diberikan penambahbaikan berbanding model sebelumnya, versi Pro kini ditampilkan dengan cip pemprosesan Qualcomm terbaru iaitu Snapdragon 855 Plus,…