Kementerian Ekonomi hari ini memaklumkan ada pihak yang menularkan mesej di aplikasi Facebook dan WhatsApp mengenai dakwaan kehilangan duit dari akaun bank selepas pendaftaran PADU. Kejadian itu dikatakan kononnya berlaku kepada guru sekolah di Terengganu. Ekoran itu, Kementerian Ekonomi menegaskan bahawa sekiranya anda menerima mesej berkaitan maklumat seperti itu, ia adalah palsu. Kementerian itu berkata,…
Tag: berita palsu
AI Ubah Laporan Berita Bernama TV Berkaitan Elon Musk
Satu klip berita yang didakwa disiarkan oleh Bernama TV berkenaan pelaburan baharu ciptaan Usahawan Elon Musk sebenarnya adalah tidak benar. Menurut MyCheck Malaysia Offical, klip tersebut telah disunting menggunakan AI bagi menampakkan video tersebut seakan tulen. “Siaran asal berita Bernama TV telah disunting di luar konteks menggunakan teknologi kecerdasan buatan (AI)”. MyCheck Malaysia Offical. https://www.facebook.com/mycheckofficial/posts/349835274504020…
Tiada Bantuan e-Dompet RM200 Malaysia MADANI Seperti Yang Ditularkan
Ekoran daripada penularan berkaitan bantuan e-dompet yang tular, Kementerian Kewangan Malaysia hari ini menegaskan bahawa tiada sebarang bantuan e-dompet berjumlah RM200 seperti yang ditularkan. Kementerian itu menegaskan bahawa ia sebagai berita palsu dengan mengaitkannya dengan Malaysia MADANI dan menggunakan antaramuka aplikasi TnG kononnya ia boleh dituntut menerusi aplikasi tersebut. Ini bukanlah kali pertama cubaan penipuan…
Cara Untuk Semak Kesahihan Berita
Kita hidup pada zaman kemodenan teknologi di mana ia membuatkan seseorang itu menjadi lalai dan ambil mudah akan berita yang diterima. Perkara ini sangat bahaya jika berita tersebut adalah tidak dan sekiranya ia tersebar, orang awam akan menjadi panik. Saya bukan hendak merendahkan mana-mana individu tetapi tidak sekadar memperingatkan anda bahawa bertapa penting untuk mengesahkan…
KKM Menafikan Infografik Palsu Tentang Pengambilan Dos Ke-4 Vaksin COVID-19
Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) telah respon terhadap penularan infografik yang bertajuk “Pengambilan Dos Ke-4 Demi Perlindungan Yang Berkesan seperti yang tular di media sosial. KKM menyatakan bahawa infografik itu adalah palsu dengan menegaskan pihak mereka tidak pernah mengeluarkan infografik seperti itu. Namun begitu, KKM memaklumkan penerima vaksin lengkap jenis Sinovac yang berumur 18 tahun dan…
Tiada Sindiket Penculikan Menggunakan Kereta Proton Wira – PDRM
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini memaklumkan mereka mengesan penularan mesej palsu kononnya dikeluarkan oleh pihak IPK Bukit Aman yang kononnya mendakwa terdapat sindiket penculikan menggunakan kereta proton Wira dan sebuah van berwarna putih. Kononnya penculikan itu mensasarkan kanak-kanak berumur di bawah 15 tahun bagi mendapatkan organ-organ tertentu untuk dijual oleh sindiket penculikan tersebut. Tidak…