Penyelidik dari perisian keselamatan Avast mendedahkan mereka telah menemui sejumlah 19,300 aplikasi yang ditawarkan di dalam Google Play Store berisiko membocorkan data peribadi pengguna sekaligus menjadikan peranti Android tidak selamat. Ini kerana telah berlaku salah konfigurasi pada pangkalan data Firebase aplikasi-aplikasi tersebut yang digunakan oleh pembangun aplikasi bagi menyimpan data penggunannya. Data-data peribadi yang berpotensi…
Tag: Avast
NortonLifeLock Membeli Avast Pada Nilai USD8 Bilion
Syarikat pembangun perisian keselamatan komputer terkemuka NortonLifeLock dilaporkan telah berjaya membeli sebuah lagi syarikat pembangun perisian antivirus percuma iaitu Avast yang dilaporkan berharga lebih daripada USD8 bilion. Nilai pembelian itu adalah jauh lebih mahal daripada pembelian sebelum ini di mana pada tahun lalu, NortonLifeLock telah pun berjaya memiliki syarikat antivirus Avira pada harga USD360 juta….
Buang Segera 28 Extension Chrome Dan Edge Ini Kerana Dikesan Mengandungi Perisian Hasad
Penyelidik keselamatan dari Avast melaporkan penemuan perisian hasad tersembunyi di dalam 28 extension yang ditawarkan kepada pengguna pelayar Google Chrome dan Microsoft Edge. Kesemua extension pihak ketiga itu ditawarkan secara rasmi menerusi Microsoft Edge Add-ons dan Chrome web store. Menurut Avast, antara aktiviti tidak normal selepas pengguna memasang extension-extension itu sepertimana yang dilaporkan penggunanya adalah…
Versi Percuma Perisian Antivirus Avast Dan AVG Didakwa Mengutip Dan Menjual Data Peribadi Pengguna
Setiap carian, klik dan item yang dibeli pengguna dari semua laman sesawang yang dilawati dijual data pengguna kepada pihak ketiga. Hasil penyelidikan bersama antara pihak Motherboard dan PCMag ke atas pendedahan Jumpshot, didapati data pengguna versi percuma perisian antivirus Avast dan AVG telah dijual kepada pihak ketiga. Ia merupakan dakwaan kedua ke atas Avast dan…
Avast Menjawab Dakwaan Menjual Data Pengguna Mereka
Ia bagi menjelaskan terhadap pertanyaan Senator Ron Wyden selepas extension mereka dibuang dari pelayar Mozilla. Pada awal bulan Disember baru-baru ini, firma pembangun perisian antivirus, Avast dan AVG telah dituduh menjual data pengguna mereka. Ia mula didedahkan oleh pembangun extension AdBlock Plus, Wladimir Palant dalam blognya yang bertajuk “Mozilla and Opera remove Avast extensions from…
Microsoft Menghalang Sebahagian Pengguna Antivirus Avast dan AVG Daripada Mengemas Kini Windows 10 Mereka
Berikutan isu kestabilan perisian antivirus itu dengan sistem operasi Windows 10. Jika anda gagal mengemas kini sistem Windows 10 anda kepada versi Windows 10 1903 atau Windows 10 1909 (kemas kini Mei 2019 dan November 2019), ia mungkin berpunca daripada penggunaan perisian antivirus Avast atau AVG yang dipasang dalam komputer tersebut. Ini kerana menurut Microsoft,…