Sejak siri iPhone 15 dilancarkan pada minggu lepas, cip A17 Pro adalah salah satu tarikan utama yang diperkenalkan oleh Apple. Dengan menggunakan teknologi pemprosesan 3nm TSMC, siri iPhone 15 Pro mampu mengendalikan semua mobile games bergrafik tinggi dan menyokong ray-tracing. Dan kini iPhone 15 Pro Max adalah antara peranti teratas dalam skor penanda aras AnTuTu…
Tag: AnTuTu
Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berprestasi Setakat Ogos 2023
Laman penanda aras Antutu menyenaraikan 10 telefon pintar Android yang paling berprestasi setakat bulan Ogos 2023. Keputusan dalam senarai kedudukan peranti yang dipaparkan adalah berdasarkan skor purata dan bukannya markah tertinggi peranti tersebut Senarai data peranti yang dipaparkan juga adalah secara global tetapi tidak termasuk pasaran China. Berikut adalah senarai 10 telefon pintar Android paling…
Versi Android 13 Hanya Dijalankan Oleh 12.4% Telefon Pintar Android Sahaja – AnTuTu
Dalam laporan Pengguna Global Bagi Telefon Pintar Android untuk suku ke-4 2022 oleh AntuTu, lebih daripada 57% telefon pintar Android masih menggunakan sistem operasi Android versi 12. Sebaliknya versi Android terbaru iaitu Android 13 yang secara rasminya dilancarkan dalam bulan Ogos 2022 lalu hanya digunakan oleh 12.4% peranti sahaja. Malah Android 11 yang dilancarkan pada…
Ini Senarai 10 Telefon Pintar ‘Flagship’ Android Paling Berprestasi Bagi Februari 2023 – AnTuTu
Berdasarkan kepada laporan laman penanda aras AnTuTu bagi telefon pintar flagship Android bulan Februari 2023, REDMAGIC 8 Pro+ telah dinobatkan sebagai peranti yang paling berprestasi dengan mencatatkan purata skor prestasi setinggi 1,304,235. REDMAGIC 8 Pro secara rasminya telah pun dilancarkan di Malaysia pada lewat Februari 2023 lalu. Ia dikuasakan oleh cip Snapdragon 8 Gen 2 dengan…
Ini 10 Telefon Pintar Android Paling Berkuasa Bagi Bulan Disember 2022 – AnTuTu
Berdasarkan carta terkini AnTuTu bagi senarai telefon pintar Android paling berkuasa bagi bulan Disember 2022, iQOO 11 Pro mendahului dengan skor AnTuTu sebanyak 1311221 markah. Sekaligus mengatasi telefon pintar Android lain yang turut dikuasakan oleh cip pemprosesan Qualcomm Snapdragon 8 Gen 2. iQOO 11 Pro mengatasi pesaing lain iaitu Redmi K60 Pro dan vivo X90…
Senarai 10 Telefon Pintar Android Paling Berprestasi Setakat November 2022 – AnTuTu
Laman penanda aras prestasi telefon pintar, AnTuTu telah mengeluarkan senarai terkini telefon pintar flagship paling berkuasa setakat November 2022. Berdasarkan skor markha AnTuTu, telefon pintar ASUS ROG Phone 6 menerima skor tertinggi iaitu sebanyak 1117968 markah. Mengatasi versi pro nya iaitu ROG Phone 6 yang perolehi skor sebanyak 1110082 markah. Malah tempat ketiga juga dihuni…