Suruhanjaya Komunikasi Persekutuan (FCC) Amerika Syarikat (AS) dilaporkan telah menyenarai hitam perisian antivirus komputer dari Russia, Kasperksy dari negara itu. Ia berikutan dakwaan perisian itu memberi ancaman kesalamatan ke atas negara tersebut. Penyenaraian itu turut meliputi produk keselamatan, penyelesaian serta perkhidmatan-perkhidmatannya yang mempunyai kaitan dengan syarikat-syarikat lain. Selain itu, 2 syarikat penyedia perkhidmatan rangkaian telekomunikasi…
Tag: Antivirus
John McAfee Ditemui Mati Dalam Sel Penjaranya
Pengasas syarikat perisian keselamatan dan antivirus komputer, John McAfee dilaporkan ditemui maut dalam sel penjaranya hari ini. John McAfee, 75, yang dipenjarakan di Barcelona, Spain atas dakwaan mengelak daripada cukai serta skim matawang kripto tidak sah dipercayai maut selepas menggantung dirinya sendiri. Kematiannya itu dilaporkan berlaku selepas pihak mahkamah tinggi Sepanyol telah membenarkan John McAfee diserahkan…
Penggodam China Menawarkan Perisian Anti Virus McAfee Percuma Untuk Memasang Perisian Hasad
Pasukan penyelidik keselamatan dari Google, Google Threat Analysis Group (TAG) mendedahkan mereka mengesan percubaan penggodam dari negara China bagi memasang perisian hasad di dalam komputer. Grup penggodam China itu (APT31) didakwa menyamar sebagai pihak dari perisian anti virus McAfee dengan menawarkan pautan versi percuma perisian anti virus tersebut yang dihantar melalui e-mel. Jika terpedaya, pengguna…
Perisian Anti-Virus Terbaik Setakat Ogos 2020 Menurut AV Comparatives
Jika anda masih tercari-cari perisian anti-virus terbaik untuk anda, pihak AV Comparatives ada menyediakan laporan yang dapat membantu anda membuat keputusan bagi memilih perisian anti-virus yang sesuai untuk komputer anda. Berdasarkan kepada laporan oleh AV Comparatives, sebanyak 4 daripada 17 perisian anti-virus yang berjaya memperoleh skor 100% dalam menyekat serangan siber. 4 perisian anti-virus itu…
Perisian-Perisian Antivirus Komputer Masih Menyokong Pengguna Windows 7
Sekurang-kurangnya bagi tempoh 2 tahun lagi. Bersandarkan kepada semakan oleh laman AV Test, semua pembangun perisian pihak ketiga antivirus komputer menyatakan bahawa mereka masih memberikan sokongan terhadap pengguna umum Windows 7 yang telah ditamatkan sokongannya oleh Microsoft 14 Januari 2020 lalu. Berikut adalah status sokongan 26 perisian antivirus komputer terhadap sistem Windows 7:- Microsoft Security…
Perisian Antivirus Mula Mengklasifikasikan Aplikasi uTorrent dan BitTorrent Sebagai Ancaman Kepada Pengguna
Lebih daripada 9 aplikasi antivirus mula menandakan 2 aplikasi Torrent itu sebagai tidak selamat. Berita tidak baik kepada pengguna tegar aplikasi Torrent. Ia berikutan perisian-perisian antivirus telah mula mengklasifikasikan 2 aplikasi popular Torrent iaitu uTorrent dan BitTorrent sebagai aplikasi yang boleh mengancam penggunanya. Berdasarkan semakan di laman VirusTotal, sebanyak 10 perisian antivirus telah menandakan aplikasi uTorrent…