Peminat dan pengikut industri telefon pintar dijangka akan dihidangkan dengan beberapa peranti Snapdragon 855 dalam dua atau tiga bulan mendatang. Selepas Lenovo, Samsung dan Xiaomi, kini tiba giliran sebuah peranti Oppo pula untuk tersenarai di laman penanda aras Geekbench dengan sistem cip terkini dari Qualcomm tersebut. Peranti yang menggunakan kod nama “Poseidon” itu telah menerima…
Tag: android
Honor View 20 Mula Ditawarkan Di Pasaran Malaysia Pada 26 Januari
Honor View20 telah diperkenalkan buat kali pertama beberapa minggu lepas di China. Kemudian, pihak Honor telah menjadualkan satu acara perasmian peranti tersebut untuk pasaran global di Paris pada 22 Januari ini. Bagaimanapun, peminat Honor dijangka tidak perlu menunggu lama untuk mendapatkan model ini di Malaysia. Menurut sumber rapat dengan Honor Malaysia, peranti berkenaan akan tiba…
CEO Xiaomi Sahkan Mi 9 Akan Hadir Dengan Pengecasan Lebih Pantas Dari 24W
Ketua Pegawai Eksekutif(CEO) Xiaomi, Lei Jun mungkin menjadi antara CEO yang paling aktif berhubung dengan pelanggan di laman media sosial. Beliau sering menggunakan akaun Weibo-nya untuk menyampaikan maklumat mengenai perkembangan terbaru syarikat beliau. Terkini, Lei Jun telah menjawab satu soalan mengenai pengecasan pantas yang bakal menyokong model Mi 9 mereka nanti. Menurut beliau, peranti tersebut…
Syarikat China Mahu Lancar Telefon Pintar Menfokuskan Permainan Mudah Alih Seakan PSP
Tahun 2018 boleh dianggap sebagai tahun kebangkitan bagi industri permainan video mudah alih. Para pembangun peranti juga mula menghasilkan lebih banyak model menfokuskan permainan video mudah alih bagi menarik minat pengguna. Trend itu dilihat akan berterusan pada tahun ini. Terbaru, sebuah syarikat China, Moqi dilaporkan bakal melancarkan peranti menfokuskan permainan mudah alih mereka sendiri. Menariknya, peranti…
Google Play Store Bakal Buang Aplikasi Yang Mengakses Log Panggilan & SMS Pengguna
Pada era pemasaran digital hari ini, pelbagai cara digunakan oleh perbagai pihak untuk mendapatkan maklumat mengenai pengguna terutamanya melalui telefon pintar. Sebagai contoh, ada pembangun aplikasi yang bekerjasama dengan pihak lain untuk mendapatkan data pengguna secara senyap melalui akses terhadap Log Panggilan dan SMS mereka. Perkara itu telah mendapat perhatian pengelola gedung atas talian Play…
Pelancaran Nokia 9 PureView Mungkin Ditangguh Sekali Lagi
Beberapa minggu lepas, kita disajikan dengan ura-ura mengenai pelancaran Nokia 9 PureView telah diawalkan, iaitu pada bulan Januari berbanding Februari. Satu video acah bagi peranti tersebut yang dikatakan tertiris atas talian menguatkan lagi dakwaan tersebut. Baca juga: Video Acah Nokia 9 Pureview Tertiris, Beri Gambaran Beberapa Fungsi Menarik Bagaimanapun, HMD Global mungkin terpaksa menangguhkan pelancaran model…