Selepas Facebook menghadapi pelbagai saman atas skandal penggunaan data pengguna tanpa kebenaran, kini Google juga dikatakan semakin hampir untuk mengalami masalah yang sama. Cuma kali ini, Google telah dituduh menyalahgunakan ‘kuasa’ yang ada pada mereka. Ini kerana, mereka dikatakan telah mengarahkan semua pengeluar peranti Android untuk memasang beberapa aplikasi atau mereka tidak akan dibenarkan untuk…
Tag: android
Apple Masih Jauh Ketinggalan Di Pasaran India
India merupakan pasaran ketiga terbesar bagi industri telekomunikasi dunia di belakang China dan Amerika Syarikat. Bagaimanapun, ia bukanlah pasaran yang terbaik bagi syarikat pengeluar peranti paling bernilai di dunia untuk tahun 2018, Apple Inc. Ini kerana menurut laporan Bloomberg, jumlah jualan bagi peranti keluaran mereka di negara berkenaan sepanjang separuh pertama tahun ini gagal mencapai…
Google Gboard Ditambah Dengan Ciri Kod Morse
Kod morse dicipta oleh Samuel Morse sekitar tahun 1836 yang mana maklumat dihantar menggunakan isyarat elektrik menggunakan talian kabel oleh sistem telegraf. Kaedah komunikasi itu kini telah mula dilengkapkan pada aplikasi Google Gboard hasil kerjasama antara Google bersama pembangun kurang upaya, Tania Finlayson. Tania yang menghidap cerebral palsy mempunyai pengalaman berkomunikasi menggunakan kod morse, dan…
Kajian Mendapati Peranti Android Lebih Bermasalah Daripada iOS
Topik mengenai Android dan iOS merupakan satu perkara yang sering diperdebatkan. Tidak kiralah dari segi kehebatan sistem operasi hinggalah kepada prestasi perkakasan. Masing-masing mempunyai kelebihan serta kekurangan yang tersendiri. Namun berdasarkan satu kajian yang telah dilakukan sepanjang suku pertama tahun 2018, mendapati peranti Android mempunyai tahap masalah lebih tinggi berbanding pesaingnya, iOS. Menurut laporan State of…
Rakan Dagangan Google Mungkin Telah Dedahkan Nama Rasmi Android P Secara Tidak Sengaja
Google dijangka akan memperkenalkan sistem operasi Android terbaru mereka, Android P dalam masa terdekat. Ini kerana mereka telah pun mengeluarkan versi percubaan beta terakhir bagi sistem berkenaan awal bulan ini. Google mendakwa versi beta berkenaan adalah sangat hampir dengan kesempurnaan sebelum versi rasmi dilancarkan. Bagaimanapun, mereka masih lagi belum membuat sebarang pengumuman berkaitan nama rasmi…
Facebook Buktikan Pelaburan Ke Atas Instagram Berbaloi
Sebelum diambil oleh Facebook kira-kira enam tahun lepas, Instagram sudah pun bergelar platform perkongsian gambar paling popular di dunia. Ia menyebabkan Facebook mengambil keputusan untuk membelanjakan wang sebanyak $ 1 billion(~RM 4.11 billion) bagi membeli laman sesawang berkenaan. Ketika keputusan itu dibuat, ramai pemerhati yang menganggap ia adalah satu pelaburan yang sia-sia oleh pihak Facebook….