Anthony Loke dalam sebuah majlis dianjurkan AirAsia pagi tadi mengatakan bahawa kerajaan buat masa sekarang tidak bercadang untuk menetapkan harga siling tiket penerbangan. Disebabkan harga tiket penerbangan yang dinamik, menetapkan harga siling akan memberikan kesan buruk pada penyedia perkhidmatan, kata menteri. Ini boleh menyebabkan syarikat penerbangan mengurangkan kapasiti, lantas menerima jumlah penumpang yang lebih sedikit…
Tag: AirAsia
Kementerian Komunikasi Dan Digital Siasat Dakwaan Insiden Ketirisan Data Penumpang AirAsia
Pada bulan lalu, AirAsia telah mengesahkan insiden serangan siber terhadap sistem mereka oleh kumpulan penggodam yang dikenali sebagai Daixin. Terbaharu, Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil memaklumkan pasukan penyiasatan kementerian itu yang terdiri daripada Jabatan Perlindungan Data Peribadi (JPDP) dan Cybersecurity Malaysia (CSM) telah memulakan siasatan dengan mengadakan perbincangan bersama pihak pengurusan Capital A yang…
AirAsia Tawar Tambang Serendah RM21 Untuk Destinasi Jarak Dekat
Bersempena dengan sambutan ulang tahun ke-21, syarikat penerbangan AirAsia menawarkan jualan tambang termasuk semua sehala daripada RM21 sahaja. Jualan yang dilancarkan bermula dari 28 November 2022 ini berlangsung sehingga 4 Disember untuk tempoh perjalanan antara 1 Mac 2023 dan 30 Mac 2024 dengan pilihan perjalanan lebih fleksibel dalam tempoh 12 bulan. AirAsia menyatakan bermula daripada…
AirAsia Sahkan Insiden Serangan Siber Terhadap Sistem Mereka
AirAsia Group telah menjadi mangsa atas serangan siber pada 11 dan 12 November oleh sebuah kumpulan penggodam bergelar Daixin Team. Melalui serangan tersebut, kumpulan itu dikatakan mengumpul data peribadi milik 5 juta orang penumpang serta pekerja syarikat penerbangan berkenaan. Daixin Team telah menyediakan dua fail .csv kepada AirAsia Group. Fail yang pertama memiliki maklumat mengenai nama penumpang manakala yang kedua memiliki pelbagai jenis…
Data Penumpang AirAsia Didakwa Dicuri Tapi Penggodam Tak Mahu Teruskan Kerana Sistem Terlalu Lemah
DataBreaches melaporkan bahawa AirAsia Group telah mengalami serangan ransomware daripada Daixin Team. Kejadian tersebut berlaku pada 11 dan 12 November 2022. Jika anda tidak maklum, ransomware merujuk pada serangan mencuri data atau mengunci sistem lalu meminta wang tebusan daripada mangsa. Seandainya tiada bayaran dibuat, data tersebut tidak akan dipulangkan pada mangsa. Sebanyak 5 juta data…
Tony Fernandes Lepas Jawatan Sebagai Pemangku CEO Air Asia X
Tan Sri Tony Fernandes sah telah meletakkan jawatan sebagai pemangku ketua pegawai eksekutif (Acting CEO) kumpulan AirAsia X Berhad berkuat kuasa serta-merta, disebabkan tanggungjawab lain. Terdahulu, beliau sekali lagi memegang jawatan tersebut pada Julai lepas selepas Nadda Buranasiri melepaskan jawatan CEO kumpulan pada April. Pun begitu, beliau masih kekal sebagai CEO Capital A. {suggest} Peletakan…