Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tabung Haji: Hati-Hati Penipuan Urusan Haji Melalui Panggilan Telefon

Posted on Ogos 3, 2022

Pada masa kini, pelbagai panggilan palsu kerap diterima oleh orang awam sehinggakan ada yang terpedaya. Ada yang menyamar sebagai wakil LHDN, TNB dan sebagainya.

Terbaru, pendeposit Tabung Haji dinasihati untuk sentiasa berhati-hati dengan panggilan atau pesanan ringkas daripada nombor tidak dikenali yang meminta maklumat peribadi seperti nombor kad pengenalan dan nombor Akaun TH.

Menerusi hantaran di Facebook rasmi Tabung Haji, ia turut menegaskan tidak pernah melantik mana-mana individu atau pihak ketiga untuk menawarkan sebarang bantuan dana bagi permohonan rayuan Musim Haji 1444H/2023M melalui panggilan atau pesanan ringkas.

Jika anda atau ibu bapa pernah menerima panggilan atau pesanan ringkas sedemikian, sila hubungi Tabung Haji Contact Centre (THCC) di talian 03-6207 1919 untuk aduan atau pertanyaan lanjut.

Sumber: Facebook Tabung Haji

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress