Sejak kebelakangan ini, peranti tablet mula mendapat perhatian pengguna. Antara faktor utama semestinya situasi bekerja dan belajar dari rumah.

Jika Xiaomi pun ada tablet, realme baru-baru ini juga mengesahkan kehadiran peranti tersebut pada masa akan datang.

Terbaru, laporan daripada Tencent bahawa vivo mengesahkan bahawa tablet mereka akan dilancarkan buat pasaran seawal suku keempat 2021.

Tidak mustahil ia berlaku kerana tanda dagang vivo Pad turut telah dibuat dengan European Union Intellectual Property Office (EUIPO).

Berdasarkan paten yang pernah dilakukan, rekaannya tampil seperti tablet yang kita biasa lihat tetapi modul kameranya mengikut gaya mereka tersendiri.

Melihat kepada laporan ini, mungkinkah kita bakal lihat pasaran tablet dari Android lebih menarik bermula penghujung tahun ini?

Sumber: ithome

Baca juga – Khabar Angin Mendakwa HarmonyOS Adalah Cetak Rompak Dari Sistem Android

Baca juga – Pasaran Tablet Mula Dapat Perhatian Tahun Ini