Setelah diacah semalam, realme akhirnya akan melancarkan tablet pertama mereka – realme Pad pada minggu hadapan, iaitu 9 September.

Melaluinya, realme menjanjikan sebuah tablet yang nipis dan ringan. Ia juga akan dilengkapi paparan AMOLED 10.4 inci beresolusi FHD+ dan dikatakan dijana cip pemproses MediaTek Helio G80.

Selain itu, ia akan hadir dengan sokongan stylus, bateri 7100mAh serta pengecasan pantas dan banyak lagi. Pada masa yang sama juga, realme turut akan melancarkan realme 8i dan realme 8s yang mana kedua-duanya merupakan pertama menggunakan cip pemproses MediaTek yang baharu.

Oleh yang demikian, nantikan perincian lanjut berkaitannya minggu hadapan.

Sumber: realme

Baca juga: