Seperti yang dijangka, pasaran tablet Android mula meningkat. Tahun lalu, OPPO sudah merancang untuk menawarkan tablet mereka. Kini, Digital Chat Station mengatakan OPPO akan turut serta dalam pasaran tersebut dalam masa terdekat.

Menurutnya, rekaan tablet OPPO adalah mirip dengan Huawei MatePad Pro. Selain itu, ia juga bakal menjalankan sistem operasi ColorOS for Pad yang mana ia khusus untuk tablet, sama seperti yang dilakukan Xiaomi.

Tambahan lagi, tablet tersebut juga menyokong penggunaan bersama pelbagai peranti dengan lancar seperti telefon pintar, jam tangan pintar, fon telinga dan lain-lain.

Terdahulu, Xiaomi telah melancarkan Xiaomi Pad 5 dan realme Pad juga bakal tiba tidak lama lagi. Nampaknya semakin banyak pilihan untuk pengguna pada masa akan datang.

Sumber: weibo

Baca juga: