Menu
WISER.MY
  • Pergi ke Wiser.my
  • Berita
    • Ura-ura
  • Ulasan
  • Trivia
  • Tips Gajet
  • Promosi
  • Youtube
  • Hubungi Kami
WISER.MY

Tablet Huawei MediaPad T5 Mula Dijual Di Malaysia Pada Hujung Bulan Ini

Posted on Januari 18, 2019Januari 18, 2019

Baru-baru ini, Huawei telah pun melancarkan model telefon pintar baharu mereka, Huawei Nova 4.

Dalam majlis yang sama, mereka turut telah merasmikan peranti tablet MediaPad T5 mereka. Sebelum ini, peranti tersebut dilaporkan akan mula berada di pasaran pada 28 Februari.

HUAWEI

Namun, menurut perkembangan baru yang kami terima dari pihak Huawei Malaysia, model tablet berkenaan sebenarnya akan mula dijual pada 28 Januari ini.

Peranti ini hadir dengan sistem cip Kirin 659, 3GB RAM, 32GB simpanan dalaman serta lensa kamera swafoto 2MP dan 5MP kamera utama.

Ia akan dijalankan dengan sistem operasi EMUI 8.0 yang berasaskan Android Oreo 8.0 dan dijual pada harga RM999.

 

Sumber: Huawei Malaysia

Cari Artikel

Buka artikel ini di Wiser.my
BUKA
©2022 WISER.MY | Powered by SuperbThemes & WordPress