Telefon gaming kita sudah biasa dengar, tetapi tablet gaming? Jarang sekali kita lihat orang ramai menggunakan tablet terutama dari Android untuk bermain game. Namun, iPad lebih menjadi pilihan sekiranya pengguna mahu prestasi cemerlang bermain mobile gaming pada tablet.

Terbaru, DigitalChatStation mendedahkan melalui akaun weibo mengatakan sebuah tablet Android yang mengkhususkan permainan mudah alih sedang dibangunkan.

Ia akan dilengkapi dengan paparan 120Hz atau 144Hz LCD, cip Snapdragon 8xx dan pengecasan pantas 100W. Akan tetapi, beliau berkata harganya agak mahal.

Walau bagaimanapun, beliau tidak memberitahu jenama mana yang akan melancarkannya tetapi berkemungkinan jenama seperti ASUS, Red Magic dan Black Shark akan mengeluarkannya.

Jika benar, adakah anda berminat untuk menggunakan tablet gaming kerana skrin besar memberikan kepuasan berganda.

Sumber: gizmochina

Baca juga – Tablet Android vivo Mungkin Akan Diperkenalkan Tidak Lama Lagi

Baca juga – Samsung Mungkin Perkenal Cip Exynos Dengan GPU AMD Julai Ini

Baca juga – 8 Aplikasi Android Ini Didapati Membawa Perisian Hasad Joker