Tahun lepas ada ura-ura mengatakan vivo bakal melancarkan produk tablet pertama mereka pada Januari lalu. Namun ianya tidak berlaku.

Terbaru, khabar angin ini berbangkit semula selepas nama “vivo Pad” sudah ditanda dagang dengan European Union Intellectual Property Office (EUIPO).

Menurut GSMArena, vivo Pad ditanda dagang dibawah peranti Class 9 yang dikategori sebagai komputer tablet dan PDA (personal digital assistant).

Selain itu, tablet ini juga dijangka hadir dengan pensijilan TUV dan dimuatkan bateri berkapasiti 8,040mAh. Ini sahaja spesifikasi yang diramal setakat ini.

Dengan jenama realme dan OPPO yang juga akan melancarkan tablet mereka sendiri, harapnya tablet vivo ini dapat bersaing dari segi kualiti dan harganya.

Nantikan spesifikasi dan pengumuman lanjut mengenai tablet terbaru dari jenama-jenama ini dalam beberapa bulan lagi.

Sumber: gsmarena

Baca juga – Dapatkan vivo Y12D Pada Harga Serendah RM85

Baca juga – realme Turut Umum Komputer Riba Dan Tablet Pertama Mereka